Penyanyi terkenal, Aina Abdul akui satu ketika dahulu dia akan mudah tersinggung dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh segelintir pihak gara-gara penampilan ‘luar kotak’ yang sering digayakannya ketika membuat persembahan.
Menurut Aina, setiap kata-kata negatif atau berbaur sindiran itu akan sentiasa bermain di benak fikirannya.
Namun, seiring perjalanan waktu, penyanyi yang terkenal dengan kekuatan vokal itu menyifatkan dirinya kini lebih matang untuk berhadapan dengan situasi tersebut.
“Kalau dulu, saya akan mudah bengang dengan gelaran-gelaran negatif daripada netizen. Komen-komen tersebut akan menghantui saya sepanjang hari itu. Saya akan moody dan cepat overthink.
“Namun, sekarang saya semakin kuat. Saya juga punyai sistem sokongan yang sangat membantu. Mereka akan sentiasa pastikan saya tidak nampak komen-komen negatif itu.
“Saya rasa sangat dilindungi. Mereka lebih mengetahui diri saya daripada saya kenal diri saya. Ia juga membuatkan saya lebih mengenali diri sendiri.
Ads
“Jadi, saya cuba untuk tidak melihat dan membaca komen-komen negatif itu. Walaupun saya cakap saya kuat tapi tentu ada harinya kita akan rasa down juga,” katanya kepada MH.
Aina berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Anugerah Juara Lagu 37 (AJL37) yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre, Petaling Jaya pada Rabu.
Bagaimanapun, penyanyi lagu Semalam itu tetap mahu memandang perkara ini dari sudut positif selain turut menyifatkan komen-komen netizen antara faktor yang membuatkan namanya terus kekal relavan sehingga hari ini.
“Segala komen-komen netizen sepanjang empat hingga lima tahun ini sememangnya banyak membantu perjalanan kerjaya saya dalam cara yang sangat pelik.
Ads
“Mereka membuatkan semangat saya rasa ‘terbakar’. Setiap kali saya buat sesuatu, saya mahu pastikan mereka bercakap dan berfikir mengenai saya.
“Untuk terus kekal di dalam industri bukan sesuatu yang mudah. Saya salute kepada artis-artis senior yang mampu bertahan sehingga hari ini.
“Tanggungjawab anak seni ini besar. Sebab itu saya dan team akan sentiasa brainstorm untuk setiap idea pemakaian dan persembahan untuk mereka sentiasa ingat saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Aina yang akan bertanding di AJL37 menerusi lagu Terus Hidup memaklumkan dia dan pasukannya akan cuba memberikan persembahan yang ‘memorable’ selain turut berusaha untuk memenangi seberapa banyak anugerah pada malam tersebut.
Ads
Bertemakan ‘Dimesi Muzik’, sebanyak 12 lagu bakal dipertandingkan di AJL37 yang akan berlangsung di Axiata Arena pada 12 Februari 2023.
AJL37 akan dipancarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam.
Tiket untuk menyaksikan AJL37 bakal dijual bemula 23 Januari ini di laman web rasmi Tonton bermula pada harga RM50 (Aras 4), RM60 (Aras 3), RM150 (Arena) dan RM300 (Super VVIP).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Hetty Sarlene mengumumkan berita gembira buat para peminatnya apabila mendedahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama selepas lebih empat tahun mendirikan rumah tangga.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Sangsi Asmara itu menerusi satu hantaran terkini di Instgaram.
Lebih manis, ia serentak sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Daniel Oakes minggu depan.
“We are celebrating our 4th anniversary next week. And to make it all exciting for us this anniversary, we would like to share our wonderful news that we are expecting our first child! This explains me being quiet for Abit.
“Dealing with all the nausea, dizziness, mood swings, toilet trips, power naps and (WHAT NOT!). I will heed the good old advice to rest and sleep as much now before little oakes arrives!
Even miracle takes a little time,” tulis salah seorang peserta Gegar Vaganza 5 (GV5) itu.
Menerusi foto yang dimuat naiknya juga, keduanya turut memegang papan tanda bagai bayangan cahaya mata mereka akan dilahirkan pada Januari tahun depan.
Bintang asal Singapura itu mendirikan rumah tangga dengan Daniel atau nama Islamnya, Dani Aaqil pada 23 Julai 2016.
Foto: Instagram Hetty Sarlene
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Wow… nampaknya makin panas konflik hati melibatkan Mira lakonan Mimi Lana menerusi drama rantaian, Cari Aku Di Syurga yang bakal bersiaran untuk episod terbarunya jam 10.00 malam ini di TV3.
Mira yang sebelum ini masih ada rasa hati terhadap Anas (Aeril Zafriel) akhirnya terpaksa bersetuju untuk bertunang dengan cikgu Haikal lakonan Muaz Fitri atas kehendak ibunya sendiri.
Bagaimanapun pada episod terdahulu, Mira meminta ikatan tunang dianjakkan kepada suatu tarikh kerana dirinya masih belum bersedia, selain merasakan proses tersebut dilakukan secara tergesa-gesa.
Terkini menerusi Instagram, Mimi ada memuat naik satu babak episod drama itu yang merakamkan dirinya lari membawa diri dalam keadaan menangis sambil diperhatikan ibu dan bakal tunangnya itu.
Cari Aku Di Syurga yang bersiaran menerusi slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam di TV3 turut dilakonkan Janna Nick, Faria Farida dan ramai lagi.
“Nak makan kat food court je”,- Itu permintaan anak pelawak, Johan iaitu Ahmad Sodiq Hainana bersempena dengan ulang tahun kelahirannya baru-baru ini.
Tidak mengharapkan sambutan hari jadi di restoran mewah, kanak-kanak berusia 10 tahun itu sebaliknya memilih lokasi ‘food court’ di Bukit Ampang sambil menikmati pemandangan sekitar Kuala Lumpur.
“Sempena besday Sodiq semlm.. papa surprisekan hadiah dan bwk dia jalan tgk view KL dan keindahan alam.. sambil tazkirah dalam kereta .. bukan utk sodiq je.. tp utk semua..
“Alhamdulillah, dan gambar terakhir adalah lokasi kami sekeluarga menjamu selera .. makan naan cheese dgn tandori .. syukur Alhamdulillah thank you papa.
“Lokasi depan ampang point je.. mmg sedap sgt.. simple tp puas.. sodiq ckp xnk makan kt tmpt mahal.. nak makan kt food court je.. so sume org boleh pilih apa nak makan,” tulisnya.
Sekali gus, si ibu, Ozlynn tersentuh dengan hasrat anaknya itu yang tidak meminta-minta meraikan majlis yang gah, sebaliknya hanya mahu meluangkan masa bersama keluarga tercinta.
“Aiyokkkkk mama tersentuh hati laaaa.. sb dia ada hati utk fikir utk org lain jugak.. papa dia kemain sebut sume tmpt makan yg sedap.. end up dia ckp food court.. yahhh.. so kami dpt makan roti john, satay.
“Smp sume mata kuyu lepas kekenyangan mcm biasa.. nak dpt gambar yg semenggah mmg susah yek,” kongsi Ozlynn sambil disertakan beberapa keping foto.
Selepas lapan minggu berentap dan mempamerkan kualiti sebagai bintang yang bakal menyinar, finalis Didie Shazry akhirnya dinobatkan selaku juara sulung bagi program realiti terbaharu,...