Pelakon yang juga bekas juara Dewi Remaja 18/19, Haneesya Hanne yang menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-19 pada 11 Februari lalu memberitahu pada fasa sekarang, fokus dan komitmennya hanyalah pada kerjaya.

Tidak mahu menolek ke belakang, bintang muda ini sebaliknya mahu bangkit dan meminta peminat agar tidak lagi mengungkit kisah lama yang pernah terpalit.

“Genap 19 tahun saya berdoa dan mengharapkan akan dilimpahkan rezeki yang lebih luas, dipermudahkan selepas ini. Mahu dan harap juga agar semua lupakan kisah lepas. Sebab saya sendiri sudah pun move on meski ada lagi sesetengah orang yang mengungkit.

IKLAN

“Saya sekarang hanya mahu fokus perihal susunan kerjaya seni sahaja selepas ini,” katanya kepada dihubungi MH.

Berkongsi mengenai kejutan sambutan hari jadinya beberapa hari lalu yang diadakan di Vortex Hotel Suites & Residences KLCC, gadis asal Kuala Lumpur ini menyifatkan dirinya bertuah kerana mempunyai sokongan kuat dari rakan baik saat memerlukan.

“Sudah tentu saya rasa dihargai dan gembira. Mereka tahu di saat saya memerlukan seseorang ketika sedang bersedih, mereka ada di sisi.

IKLAN

“Saya tidak rasa sedih lagi…,” kongsi Haneesya yang baru sahaja selesai penggambaran telemovie terbitan Astro, Jihan Spooky Show.

IKLAN

Foto: Instagram Haneesya Hanee

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI