“Mahu Curang, Belajar Dulu Dengan Yang Berpengalaman,” – Ara Johari

Share

Kebelakangan ini, ada sahaja kes curang yang berlaku melibatkan selebriti.

Lalu, mungkin keratan video yang dikongsikan penyanyi, Ara Johari ini menerusi muat naik terkini di Instagram boleh dijadikan panduan.

Kongsi Ara dia seru supaya ‘menimba ilmu dahulu sebelum berlaku curang’.

Perkongsian video cinta tiga segi antara tiga ekor kucing, nyata menghiburkan netizen.

“Berhati hati lah jika mahu curang, belajar dulu dengan yang berpengalaman.

Netizen turut meninggalkan komen lucu dan berbaur sindiran. Ada yang menamakan kucing tersebut sebagai ‘kucing Aziz’.

Dalam zaman yang serba mencabar ini, memang mudah mendapat teman. Namun belajarlah untuk setia. Tak Gitu?

Foto : Instagram Ara Johari

IKLAN