Penyanyi angkatan baru yang mulai dikenali selepas melakukan cover version Tak Tun Tuang, Andi Bernadee mengambil inisiatif tersendiri apabila bakal melancarkan single terbaru, Semalam Sahur Di Mana.

Seunik tajuknya, Andi yang sebelum in pernah muncul menerusi lagu debut, Tiada Lagi Maaf mengakui mahu mencari kelainan dengan mengetengahkan isu sahur menerusi lagu.

Mungkin menjadi lagu pertama seumpamanya di negara ini, anak jati Sabah itu juga mengakui selain menghibur dia juga mahu menyeru anak muda hari ini untuk sama-sama mencari keberkatan dengan bersahur.

Mahu Cari Kelainan, Ini Antara Sebab Andi Bernadee Lancar Single Sempena Sahur!

IKLAN

“Bagi saya, ada segelintir anak muda yang tidak mengambil peduli soal sahur. Cukup dengan makan waktu malam dan selepas itu tidur. Jadi lagu ini ibaratnya mahu meraikan rutin sahur apabila tibanya Ramadan. Sebagaimana meriahnya kita berbuka puasa, seperti itu jugalah yang saya harapkan bila tibanya waktu sahur,” katanya kepada MH.

Sementara itu, lagu Sahur Di Mana merupakan sebuah lagu yang diubah dan dirakamkan semula menerusi lagu asal nyanyian dan ciptaan bintang rap seberang, Roy Ricardo.

Mengulas mengenai pembikinan lagu tersebut lagi, Andi merakamkan single berkenaan seminggu sebelum puasa dan para peminat boleh mendapatkan lagu ini menerusi semua platform muzik Jumaat depan.

“Teruja untuk menantikan apakah maklum balas yang akan diterima terhadap lagu ini. Yelah ia lain daripada yang lain. Harapnya ia boleh diterima dengan baik,” jelas Andi yang turut menambah, muzik video untuk Sahur Di Mana sudah pun dirakamkan bagi tujuan promosi. 

 

“Muzik video pun akan dimuat naik di YouTube dalam tempoh terdekat. Konsepnya, saya menyanyi di kedai makan dan pasar malam,” akuinya.

Ditanya sejauhmana keupayaan lagu terbabit untuk pergi jauh memandangkan puasa hanya berbaki kurang dari tiga minggu dan kecenderungan peminat mulai terarah kepada lagu raya, Andi yang ditemui sejurus pelancaran lagu tersebut di SukaSucre Bistro, Kuala Lumpur pada Selasa menyifatkan aura puasa itu mungkin hanya akan dirasai seminggu selepas puasa.

IKLAN

Mahu Cari Kelainan, Ini Antara Sebab Andi Bernadee Lancar Single Sempena Sahur!

“Mungkin bagi saya aura dan mood puasa itu belum dapat. Tak tahulah kenapa, mungkin kerana cuaca yang agak mendung dan sebagainya. Malah, kalau nak diikutkan bila nak habis puasa inilah perasaan mahu bersahur itu semakin membuak-buak.

 

“Jadi pada saya, tiada istilah lambat,” dedah Andi yang pertama kali melakukan cubaan ‘rapping’ di dalam lagu. 

Ikuti sedutan nyanyian Sahur Dimana yang dirakam menerusi FB Live MH.

IKLAN

Kalau orang lain sibuk buat lagu raya, Andi Bernadee ni sempoi je lancar lagu sempena sahur. Mungkin yang pertama di Malaysia kan?

Posted by MEDIA HIBURAN on Tuesday, 22 May 2018

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI