Sebelum meninggal dunia akibat lemas beberapa minggu lalu, ikon Bollywood, Sridevi  baru saja menerima pencalonan di Anugerah FilmFare ke-63 menerusi kategori Aktres Terbaik, Mom. Terdahulu, mendiang turut sukses menerusi filem komedi-drama arahan Gauri Shinde, English Vinglish beberapa tahun lalu.

Terkini khabarnya, bintang hebat itu dikatakan baru saja berbincang untuk berlakon filem sutradara terkenal, Karan Johar berjudul Shiddat.

Madhuri Dixit Berkemungkinan Bakal Gantikan Watak Sridevi Dalam Filem Baru Karan Johar?

Lalu menurut laporan DNA, kerana kematian mengejut Sridevi, Karan dikatakan berminat untuk memberikan watak yang sepatutnya dibawa mendiang kepada aktres yang tidak kurang hebatnya, Madhuri Dixit.

IKLAN

Karan yang sebelum ini dikenali sebagai antara rakan baik  mendiang dan dikatakan berpandangan bahawa tiada pelakon yang lebih berhak untuk membawakan watak berkenaan selain Madhuri.

Menurut sumber sama, aktres tersebut belum memberi kata putus. Bagaimanapun dia sedia tahu mengenai tawaran berkenaan.

Madhuri Dixit Berkemungkinan Bakal Gantikan Watak Sridevi Dalam Filem Baru Karan Johar?

IKLAN

Sementara itu, ura-ura mengenai pembikinan filem tersebut sudah pun menjadi buah mulut ramai, apatah lagi ia turut melibatkan beberapa nama besar di Bollywood. Antaranya ialah Sanjay Dutt dan dua aktor yang sedang meningkat naik, Varun Dhawan dan Aditya Roy Kapur yang dikatakan akan memegang watak sebagai adik beradik.

Madhuri Dixit Berkemungkinan Bakal Gantikan Watak Sridevi Dalam Filem Baru Karan Johar?

IKLAN

Sementara itu, nama Madhuri dan Sridevi semenangnya cukup sinonim sebagai antara aktres senior yang dihormati di Bollwood dan persamaan ketara di antara dua pelakon tersebut ialah keupayaan mereka dalam menari dengan baik, khasnya tarian klasik India.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI