Pelakon terkenal filem Home Alone, Macaulay Culkin, membuat pendedahan mengejutkan apabila mengakui sudah lebih tiga dekad tidak berhubung dengan bapanya, Christopher “Kit” Culkin.
Dalam episod terkini podcast “Sibling Revelry” yang dikendalikan oleh Kate Hudson dan Oliver Hudson, Macaulay membuka kisah silam yang selama ini jarang dikongsikan termasuklah mengapa dia meninggalkan dunia lakonan pada usia muda selain kisah hubungan dingin dengan bapanya itu.
“Saya tak bercakap dengan dia lebih 30 tahun. Dan ya, dia memang layak diperlakukan begitu. Dia ada tujuh anak, empat cucu… tapi tiada siapa pun yang mahu ada hubungan dengannya,” ujar Macaulay tanpa berselindung.
Menurut Macaulay, bapanya bukan saja bersikap mengongkong, malah digambarkan sebagai seorang yang bersikap narsisistik.
“Saya tak mahu ada kena mengena dengan ayah saya. Dia memang paling teruk,” katanya lagi.
Lebih mengejutkan, pelakon Richie Rich itu turut berongsi bahawa dia pernah mencabar keputusan mahkamah apabila diminta menjalani lawatan bersama bapanya.
“Saya beritahu peguam, saya tak nak buat. Kalau dihukum kerana hina mahkamah, biarlah. Saya cabar hakim penjarakan budak paling terkenal di dunia masa tu sebab tak nak jumpa bapa yang kasar,” jelasnya.
Segalanya berubah selepas ibu dan bapanya berpisah. Ketika itu, Macaulay mula rasa bebas untuk keluar daripada industri hiburan yang telah dia jalani sejak kecil.
Ads
“Saya cakap pada ayah, saya penat. Saya rasa saya perlukan rehat… Tapi dia terus mendesak. Saya rasa macam terperangkap,” katanya jujur tentang perasaan dieksploitasi oleh orang tua demi kewangan.
Macaulay yang kini berusia 44 tahun memiliki dua anak lelaki iaitu Dakota, 3, dan Carson, 2, hasil perkongsian hidup bersama tunangnya yang juga seorang pelakon, Brenda Song.
Sebagai seorang bapa kini, pengalaman pahit bersama bapanya menjadi pengajaran paling berharga buat Macaulay dalam membesarkan anak-anaknya.
Ads
“Antara ingatan terawal saya ialah tekad untuk tidak menjadi seperti dia bila saya besar nanti,” katanya penuh emosi.
Malah, dia menganggap penceraian ibu bapanya selepas penggambaran Richie Rich pada tahun 1994 sebagai perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidupnya.
“Saya memang nak berehat lama, dan akhirnya saya kata, saya sudah selesai. Harap anda sudah buat duit yang cukup, sebab saya dah tak nak buat lagi.”
Terdahulu, Macaulay juga pernah menyaman ibu bapanya berhubung wang simpanan hasil kerjayanya berjumlah $17 juta dan berjaya membuang nama mereka sebagai penjaga sah ketika usianya baru 15 tahun.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi popular Liza Hanim mengucapkan terima kasih kepada rakan penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza susulan kejayaan mereka membuat persembahan di Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), tempoh hari.
Liza menerusi Instagram turut berkongsi foto ketika sesi raptai persembahan khas buat tatapan peminat.
Menariknya, ini merupakan gandingan pertama mereka berdua di atas satu pentas selepas masing-masing sekian lama menceburkan diri dalam bidang seni.
Sementara itu Siti di dalam platform sama turut memberikan memberikan dedikasi sama sejurus persembahan.
“Selesai tugasan menjayakan persembahan AIM23 bersama rakan seperjuangan saya (pernah sebumbung di SRC) @lizahanim79.
“Persembahan kami sempena penghargaan buat Mr Tan Su Loke atau Papa Tan yang menerima anugerah Sri Wirama kerana jasa dan pencapaian beliau sebagai pemilik syarikat rakaman dan melahirkan ramai penyanyi tanahair.
“Ini merupakan gandingan duet yang pertama buat kami berdua, syukur alhamdulillah, segalanya lancar,” tulisnya.
Siti dan Liza menyampaikan tiga buah lagu iaitu Jerat Percintaan, Gelisah Mimpi dan Cindai.
Pelakon Fattah Amin mahu menyalurkan wang komisen hasil daripada penglibatannya dalam mempromosikan sebuah produk makanan, baru-baru ini sebagai sumbangan infak kepada golongan memerlukan.
Sekaligus, penyanyi lagu Wanita Terakhir berusia 34 tahun itu memilih untuk tidak menerima walau satu sen daripada komisyen berkenaan.
Menerusi tangkap layar perbualan dengan pihak jenama Pat Mat Western yang mengeluarkan produk makanan perap yang dikongsikan di Facebook, Fattah meminta pihak pengurusan mengendalikan niat murninya itu.
“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Pak Mat kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen atas hasil penat lelah menjual kambing.
“Tapi, Pak Mat bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Pak Mat minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia.
“Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Moga dibalas segala kebaikan Fattah Amin,” tulis paparan terbabit bersama tangkap layar perbualan dipercayai bersama Fattah.
Menerusi tangkap layar itu juga, dapat diperhatikan nilai komisen yang dikaburkan dipercayai berjumlah ribuan ringgit.
“Alhamdulillah terima kasih boss. Cuma komisen tu nak minta tolong team Pat Mat uruskan boleh? Infak kepada orang yang perlukan,” katanya.
Terdahulu, Fattah tampil mempromosikan jenama berkenaan dalam sebuah iklan yang ditayangkan di sosial media sekaligus menjadi sorotan ramai pihak.
Sehingga kini, perkongsian daripada Pak Mat Western di Facebook itu sudah pun menerima lebih 20,000 tanda suka dan disusuli dengan ribuan komen daripada warganet.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang wanita Jo Robinson telah menderita apabila badannya melecur dalam kemalangan yang mengerikan ketika dalam satu pertunjukkannya dia telah tersilap langkah. Kejadian itu secara tidak sengaja telah menjadi mimpi buruk baginya.
Robinson mengalami kecederaan yang teruk di wajah, dada, tangan, paru-paru, kerongkong, hidung dan juga bebola mata selain berdepan masalah jantung.
Sebelum dan selepas kejadian
Ketika kejadian, dia telah tersilap mengambil minyak dan bukannya minyak parafin ke dalam mulutnya. Serta merta badanya mula terbakar. Namun, sekiranya dia menggunakan minyak parafin, api tidak akan membakar dirinya dan teknik hembusan api akan menjadi.
ketika persembahan
“Saya tidak sedar apabila badan saya terbakar tetapi saya merasa sangat panas. Saya jatuhkan badan dan berguling untuk memadamkan api.”
‘Saya terbakar hanya selama tiga atau empat saat, tetapi ia sangat memeritkan dan kulit saya masih terbakar selepas itu,” jelasnya.
Justeru itu, Robinson dengan segera berlari masuk ke dalam kolam renang di kediaman rakannya sementara rakan-rakan yang melihat kejadian itu membantu menanggalkan pakaiannya yang terbakar dan cuba menenangkannya.
Sebaik sahaja dibawa ke hospital, doktor mula panik dengan pernafasan yang terganggu.Robinson juga dikatakan akan berisiko mengalami serangan jantung.
Hal itu menyebabkan dia terpaksa menjalani rawatan selama dua minggu oleh kerana risiko kesukaran bernafas dan bimbang berlaku jangkitan.
Dia juga sempat memuji British Airways kerana menangguh tiket penerbangannya untuk pulang sehingga dia dibenarkan keluar dari wad. Dia dirawat di Hospital Royal Victoria dan Klinik Aurora.
“ Kini saya lebih berhati-hati walaupun ketika mendekati cerek atau periuk panas,” katanya
Robinson juga dinasihatkan untuk berehat selama enam bulan. Namun, sebagai seorang pelatih dan penari tiang, ianya agak mustahil bagi dirinya.
Sumber : Daily Mail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan sekali lagi dikejutkan dengan pemergian tragis penyanyi wanita, Lee Min, yang juga merupakan anggota duo terkenal As One.
Lee Min atau...