“Saya tidak pernah sasarkan berapa ramai penyanyi di bawah label muzik saya, yang penting kualiti dan sekarang saya nak cari tabligh yang boleh rap,” kata Waris yang kini turut menggerakkan syarikat rakaman sendiri, Rembau Most Wanted Records (RMW Records).
Waris atau nama sebenarnya, Muzammil Alias, 30, berkata dia kini sedang mencari mana-mana individu daripada golongan berkenaan yang mampu menyanyi atau rap dengan baik bagi projek terkininya tidak lama lagi.
Terkini, artis di bawah naungan RMW Records terdiri dari dua bintang muda iaitu Nik Adam Mika dan Isaac Iman.
Malah Waris ketika ditemui MH turut meminta agar sesiapa yang seperti dinyatakan tampil bertemu dengannya.
“Kalau ada sesiapa di luar sana yang hafaz Al-Quran yang khatam 30 juzuk, tolong cari saya bagi projek kerohanian.
“Akan tetapi ia bukanlah suatu dakwah yang ekstrem sebaliknya apa yang saya rancang ialah lebih ke arah membentuk nilai murni, sampaikan mesej positif, motivasi dan sebagainya,” jelasnya.
Pada masa sama, kesempatan Waris untuk bersama-sama golongan tabligh menerusi program anjuran mereka turut membuka mata bintangi ini untuk melakukan suatu cara dakwah.
“Idea tersebut timbul apabila saya pernah mengikuti mereka (tabligh) selama tiga hari dan saya kagum dengan cara mereka dalam menghafaz ayat suci al-Quran. Saya tertarik dan kata mereka, menghafaz ayat suci adalah suatu hal yang mudah.
“Otak kita yang diciptakanNya sungguh hebat, hingga boleh ‘capture’ lapan kali ganda daripada mesin fotostat. Jadi apabila mereka tunjukkan caranya, saya baru faham.
“Malah golongan ini mempunyai hati bersih dan lapang. Bagi saya untuk timba ilmu itu ia boleh hadir menerusi dari pelbagai cara. Sebab dalam rap, tak semestinya kita kena ‘rapping’ atas ‘beat’.
“Kita ada spoken words yang lebih terarah kepada bait kata yang positif. Ia sebelum ini kerap diamalkan oleh penyanyi atau pendakwah beragama Islam di Amerika,” akui Waris sambil mengharapkan ada pihak yang sudi untuk menjalin kerjsama dengannya selepas ini.
“Semoga apa yang saya cuba usahakan ini mendapat keberkatan,” terang Waris optimis.
Terdahulu, Waris ditemui pada majlis pelancaran cawagan ke-22 pusat kecantikan dan kesihatan, MBH Skin Expert di Nilai, Negeri Sembilan pada Sabtu. Turut bersama-sama melancarkan cawagan tersebut ialah pengasasnya, Puan Yaya Mohamad.
Waris yang merupakan pelanggan setia bersama isteri, turut merakam rasa bangga atas pencapaian MBH Skin Expert dan mengharapkan agar ia terus memberi yang terbaik demi kepuasan pelanggan.
Sejak bergelar juara untuk program realiti nyayian Big Stage musim pertama, nama penyanyi Sarah Suhari semakin dikenali ramai dan diterima baik peminat.
Bagaimanapun, meski sarat dengan aktiviti nyanyian, bintang remaja ini akui dirinya turut menitik beratkan soal pendidikan dalam kehidupannya.
Penyanyi lagu Nyawa Dan Raga ini berkata dia mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
“Sejujurnya kalau ikutkan tahun lepas Sarah sambung belajar tapi disebabkan ada peluang yang lain datang dulu jadi Sarah kena ambil peluang datang awal.
“Kalau ikutkan Sarah akan sambung belajar dekat UiTM Seri Iskandar, Perak dalam jurusan Jurukur Bahan dan alhamdulillah, pemohonan saya diluluskan.
“Apapun, Sarah memang ada nak sambung belajar tapi disebabkan Sarah dapat peluang yang lain dulu dalam bidang nyanyian, jadi tangguh dahulu untuk sambung belajar dalam masa terdekat ni.
“Sarah kalau boleh nak fokus dulu dekat peluang sekarang yang ada ni,” kongsi Sarah bersama MH.
Anugerah Akademi ke-98 (Oscar) yang berlangsung di Dolby Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat, siang tadi menyaksikan malam penuh gemilang buat filem One Battle After Another apabila muncul sebagai pemenang terbesar seterusnya