“Macam Perarakan Hari Merdeka Je Moto Kau Tu,”- Bila Motor Shuib Yang Di ‘Make Over’ Siti Sarah

Share

Penyampai radio dan pelawak, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad ada memuat naik beberapa keping gambar di laman Instagram yang seterusnya mencuit hati ramai.

Menghiburkan apabila Shuib telah berkongsi gambar motor kesayangannya yang telah diubah suai isterinya, Siti Sarah.

“Tajuk Filem: Asalkan Kau Bahagia Tempahan utk moto berhias dibuka skrg!!! @sitisarahraissuddin @ysukushuib #yssproject #ysukushuib #Loveta#HoneyJuana #shuibchannel,” tulisnya ringkas.

Lantas, perkongsian yang dikongsi oleh pelawak yang berusia 34 tahun ini mendapat perhatian daripada rakan selebriti dan juga peminat.

Pelakon Zizan Razak, Bell Ngasri, Nabil Ahmad misalnya antara rakan selebriti yang memberikan komen humor terhadap posting yang dibuat Shuib.

Malah, peminat juga terhibur melihat gelagat pasangan suami isteri yang kelihatan sangat kelakar.

Foto : Instagram Shuib

IKLAN