Tidak mudah menguruskan rumah tangga lebih-lebih lagi dengan kehadiran si kecil, pelakon Datin Elvina Mohamad mengakui, kadang kala kehidupannya ibarat serba tidak terurus.

Tiada lagi istilah glamor dalam rutin hariannya ketika ini, ibu muda itu menjelaskan, kadang kala dia tidak ubah seperti orang gaji.

“Kalau kita duduk rumah, memang kita macam orang gaji. Sebab tak terurus.

“Kiranya, saya bukan lagi Elvina yang berlakon. Kalau di rumah, saya adalah seorang ibu yang sibuk menguruskan anak.

IKLAN

“Saya ada simptom mak-mak yang sejenis kurang percaya kalau orang luar uruskan.
Senang lakukan sendiri, misalnya mandikan anak serta uruskan hal yang lain,” kongsi Elvina kepada MH.

Malah tambahnya, ada ketika soal penampilan diri juga tidak berapa dititik beratkan andai berada di rumah kerana apa yang lebih penting ialah hal soal tangga terjaga.

IKLAN

“Kalau dekat rumah memang saya tak uruskan diri. Tapi tak mahulah orang cakap bila dah ada anak, makin selekeh pula.

IKLAN

“Kadang-kadang saya juga akan ada masa untuk diri sendiri. Tak bolehlah kalau ada anak, kita tak terurus langsung pula kan,” maklumnya lagi.

Elvina bagaimanapun tidak menafikan akan kepentingan penampilan si isteri buat suami.

Terdahulu, Elvina dan rakan selebriti lain ditemui media pada majlis Sidang Media & Tayangan Perdana Program Raya Astro 2019 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur pada Jumaat.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI