
Neelofa
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa baru-baru ini berkongsi pengalamannya ketika menikmati hidangan di sebuah restoran popular menerusi satu video yang dimuat naik di media sosial.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mencuri perhatian ramai apabila segelintir netizen mendakwa terlihat perubahan fizikal pada dirinya yang kelihatan seperti mempunyai ‘baby bump’.
Situasi itu secara tidak langsung mengundang teka-teki bila ada peminat yang mula membuat andaian hos program Next To Neelofa itu mungkin sedang hamil cahaya mata ketiga.
Rata-ratanya turut meluahkan rasa teruja selain menitipkan doa yang baik buat Neelofa seisi keluarga.
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan netizen;
“Adakah nombor tiga menanti.”
“Neelofa macam on the way yang nombor tiga sahaja. Semoga anak perempuan kali ini.”
“MasyaAllah, nampak aura yang nombor tiga. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah.”
“Mataku nampak babybump la.”
Baca Artikel Lain;
Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama netizen membuat andaian mengenai kehamilan Neelofa.
Sebelum ini, dia juga pernah berdepan situasi sama ketika mengandungkan dua cahaya mata terdahulu.
Namun sehingga kini, Neelofa masih belum berkongsi sebarang kenyataan berhubung spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan kehamilan tersebut.
Untuk rekod, Neelofa mendirikan rumah tangga bersama PU Riz pada 26 Mac 2021.
Hasil perkongsian hidup, pasangan tersebut dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
@bendang.klTerima kasih Neelofa kerana sudi makan tengah hari bersama kami di Bendang KL 🌾 📍Bendang KL 7am – 10pm♬ original sound – Bendang KL
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Neelofa &