Pengacara dan penulis lirik, Ahmad Fedtri Yahya akui terhibur dengan kelakuan seorang kanak-kanak yang tidak dapat membezakan dirinya dengan seorang lagi rakan penyampai, Ally Iskandar ketika hadir di set Malaysia Hari Ini (MHI) baru-baru ini.
Menurutnya, kanak-kanak yang ingin berkongsi produk jus dan jeruk itu mungkin keliru kerana gandingan Ally dan Fedtri sememangnya sudah sinonim dengan rancangan bual bicara pagi itu.
Anak tiri DS Siti Nurhaliza, Muhammad Asyraf Khalid meluahkan rasa syukur kerana dipanjangkan umur dan dapat meraikan ulang tahun kelahiran ke-28 bersama isteri, Tya Arifin dan anak-anaknya.
Baginya, dia telah banyak mempelajari erti kehidupan sebagai seorang suami dan bapa kepada dua orang anak.
“Alhamdulillah, i turn 28 today. There are so many things for me to be grateful about. I am so blessed to have amazing people around me, who always support me in whatever i do.
“Dalam perjalanan kehidupan saya sepanjang 28 tahun ini, banyak sangat yang saya belajar. Allah baik dengan saya, & i feel so blessed to be have the life i have today.
“Setiap hari, Allah kurniakan saya dengan banyak nikmat di dunia. Tahun ini, 1 learning point yang paling bermakna buat saya adalah, erti kesyukuran.
“Saya sedar, bila saya bersyukur, Allah beri banyak lagi benda untuk saya syukuri. Alhamdulillah, pada usia 28 tahun ini, saya telah berjaya mencapai target seperti yang saya impikan pada usia 18 tahun.
“Saya sedar bahawa perjalanan saya masih panjang dan saya bersyukur apa yang saya ada sekrang ini,” tulisnya.
Malah, Asyraf turut bersyukur kerana dikelilingi orang yang penyayang.
“Im thankful to my mother for bringing me into this world, my father for raising me and making sure i turn out to be the best that i can be.
“Im thankful to my wife, for being the most amazing wife anyone could ask for. She’s always there for me no matter what.
“Im so thankful to have amazing children who always brightens up my day, and make my life a colourful one.
“Im so thankful to have my siblings who i grew up with. They were always there to protect me. Im so thankful to have an amazing circle of friends who always support me & believe in me and my dreams.
“Im so thankful to have the best Menthor that i could possibly ask for.
“Im so thankful to have amazing group of people as my team at Mutyara & so many amazing people especially, Mutyara’s Titan & Spire group.
“You guys are simply amazing & make my life a wonderful one,” tulisnya panjang lebar.
Menurut Asyraf, dia mahu mencapai target sebelum usianya menjejak 30 tahun agar masa depan diri dan keluarga semakin cerah.
“Lagi 2 tahun saya akan mencapai umur 30 tahun. Ya, saya bersyukur apa yang saya ada sekarang ini, but i’m nowhere near where i want to be, jadi saya akan pastikan agar apabila mencecah usia 30 tahun, ia akan menjadi masa depan yang cerah.
“I also learn, in life, its never about you vs other people, it is you vs your old self. As long as i improve myself & always focus on improvement, i consider myself successful. Thank you to everyone for the wonderful birthday wish.
“I received hundreds of massages today, and i feel so bless to have so much love around me. Today was just amazing. I’m blessed,” akhirinya.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bakal melancarkan album terbarunya berjudul MenifestaSITI2020 pada 3 Julai 2020 nanti.
Menurut Datuk Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti, album tersebut adalah simbolik yang merujuk kepada idea, pemikiran dan pendirian yang ingin dizahirkan olehnya.
“ManifestaSITI2020. Idea yang diwujudkan. Pemikiran yang diperlihatkan. Perasaan yang dijelaskan.
“Pendirian yang dinyatakan. Keinginan yang dizahirkan.
“Album terbaharu @CTNurhaliza11
3 Julai 2020 #ManifestaSITI2020,” tulisnya.
Pengumuman tersebut turut disertakan dengan video teaser yang berdurasi 14 saat dan difahamkan ia sudah dimuat naik di seluruh digital platform penyanyi tersohor itu.
Sebaik sahaja pengumuman tersebut dibuat, rata-rata peminat teruja tak tidak sabar untuk menunggu tanggal 3 Julai nanti.
Pada masa sama, mereka juga mendoakan semoga album terbaru penyanyi lagu 7 Nasihat ini akan sukses seperti album-album sebelumnya.
Untuk rekod, kali terakhir Siti menghasilkan album adalah pada tahun 2017 lalu, menerusi SimetriSiti.
Sumber: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan teruja untuk berkongsi pengalaman menjalani prosedur persenyawaan in-vitro (IVF) bersama peminat menerusi platform media sosial miliknya.