S. Baldev Singh yang juga penerbit filem Musyrik, berharap agar pihak yang bertanggungjawab dalam industri perfileman lokal untuk menyediakan platform serta mempergiat sokongan buat para golongan produser di negara ini bagi memperkenalkan karya mereka ke peringkat antarabangsa.
Tegasnya, menerusi platform tersebut serta dorongan berterusan, ia secara tak langsung mampu membuka peluang kepada produser tempatan untuk mempromosikan lebih banyak lagi filem tempatan di luar negara.
Sekali gus, mampu membuka mata ramai bahawa kualiti filem yang dihasilkan karyawan tempatan juga punya potensi untuk dibanggakan.
āSaya rasa lebih baik agar tidak terlalu mudah dalam salur dana semata-mata untuk penerbitan, sebaliknya, bukakan satu platform yang lebih besar kepada produser bagi mempromosikan filem kepada negara luar.
āDari situ, kita boleh bagi ruang filem kita untuk diketengahkan di negara mereka.
āMisalnya, memanggil duta-duta luar yang ada di Malaysia, jemput mereka jumpa produser dan tunjukkan hasil karya yang kita ada kepada mereka.
āMereka mungkin boleh bantu, bawa karya kita ke negara mereka. Setiap negara ada platform masing-masing.
āJadi, ini menjadi antara jalan untuk pasarkan filem kita dalam skop yang lebih besar sebab kualiti filem kita pun bukan biasa-biasa,ā katanya.
S. Baldev turut menjelaskan, dia yakin industri filem tempatan mahu pergi jauh andai hal ini diambil kira.
āKalau kita hanya dapat jual AS$1,000 sahaja pun, itu duit juga. Cuma apa yang lebih penting, kita sudah buka jalan untuk industri filem kita ke pasaran luar. Secara tidak langsung sudah bina ājambatanā.
āBahkan, kita bukan fikir untuk jual filem ke layar perak semata-mata, tetapi pada masa sama menjual budaya dan jadikan pelakon kita sebagai produk negara,ā terang pemilik produksi White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. ini lagi.
Pada masa sama, negara juga sebenarnya memiliki ramai produser dan pengarah berbakat untuk diketengahkan ke peringkat global.
S. Baldev yang sebelum ini menerbitkan filem Iām Not A Terrorist yang menampilkan pelakon Chacha Maembong dan Afiq Muiz.
Filem berkenaan juga pernah menjadi bualan selebum ini apabila turut mengundang pelakon senior Bollywood, Farida Jalal untuk turut sama terlibat di dalam filem berkenaan.
Difahamkan, filem tersebut turut menembusi pasaran luar termasuk Bollywood.
Dalam perkembangan lain, S. Baldev kini sedang dalam proses menghasilkan filem terbaru, Tenu Rabb Maneya yang menggabungkan barisan pelakon Malaysia, Pakistan dan India.
āSetakat ini, ada beberapa nama pelakon lokal dan luar yang kita telah kenal pasti. Bagaimanapun, saya tidak boleh memberikan perincian kerana ia masih dalam perbincangan.
āApapun, ia sesuatu yang menarik dan pastinya, saya memilih latar serta fokus cerita yang lain dari yang lain,ā katanya optimis.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!