Berita

“Macam-Macam Hal Berlaku…,” – Dua Tahun Impian Ruhainies Tertangguh, Kini Bahagia & Fokus Kejar Impian

Share

Pelakon Ruhainies menyifatkan dirinya kini berada di fasa yang lebih bahagia selepas melalui pelbagai ujian dan dugaan hidup sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurut Ruhainies, selepas berdepan dengan pelbagai perkara sepanjang tempoh tersebut, kini dia memilih untuk terus beri fokus kepada keluarga, kehidupan sendiri serta impian yang sudah dua tahun tertangguh.

Screenshot

“Selepas macam-macam hal yang berlaku sejak tiga tahun lepas, Alhamdulillah saya semakin gembira dengan hidup saya. Kini fokus saya hanya untuk keluarga dan kehidupan sendiri.

“Saya juga impian yang ingin dicapai. Walaupun agak terlambat dua tahun, kini saya mahu teruskan juga. Nanti saya akan kongsikan,” katanya kepada MH.

Ruhainies berkata demikian ketika ditemui pada acara Kuala Lumpur Fashion Week 2026 (KLFW2026) yang menampilkan Fiziwoo, baru-baru ini.

Ada Projek Istimewa, Bakal Kembali Dengan Drama 20 Episod

Mengulas mengenai perkembangan terkininya, Ruhainies memaklumkan dia kini mempunyai beberapa projek di luar negara selain bakal kembali ke set penggambaran untuk sebuah drama terbaharu.

“Tahun ini saya banyak berangkat ke luar negara. Ketika ini juga saya sedang merancang sesuatu. Saya tak boleh kongsikannya sekarang.

“Saya juga kini sedang persiapkan diri untuk projek drama terbaharu sebanyak 20 episod. Kita akan memulakan penggambaran tidak lama lagi,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ruhainies berkata para peminat masih berpeluang mengikuti karya-karya lakonannya menerusi platform penstriman sementara menantikan kemunculan drama terbaharunya.

“Rasanya drama saya masih lagi ditayangkan di platform penstriman. Drama saya sebelum ini, baru sahaja ditayangkan pada awal tahun hari itu.

“Untuk projek terbaharu saya ini, ia bakal ditayangkan pada awal tahun hadapan. Kalau rindu, bolehlah tengok,” ujar.

Isu Vendor, Ruhainies Sudah Usulkan LOD

Sementara itu, Ruhainies turut mengulas mengenai isu membabitkan sebuah vendor yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya, baru-baru ini.

Menurutnya, dia sudah mendapatkan khidmat peguam dan tindakan susulan berhubung perkara tersebut juga sedang dilakukan.

Screenshot

“Saya ada ambil tindakan dan sudah usulkan LOD. Saya tengah tunggu peguam saya ambil tindakan.
Peguam saya sudah cuba hubungi mereka untuk dapatkan alamat tapi mereka belum respon.

“Walau apapun, kita akan tetap teruskan tindakan selanjutnya. Ini bukan kali pertama saya hadap isu seperti ini,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
Aizam Manaf