“Macam Kepala Potong Setengah,”- Mulanya Keluh Fasal Sahur, Tapi Kopiah Putih Andi Bernadee Pula Yang ‘Caras’ Perhatian

Share

Penyanyi Andi Bernadee ada memuat naik video di Instagramnya awal pagi tadi apabila dia meluahkan rasa sedih kerana tiada teman untuk nikmati sahur bersama.

Andi merakam videonya sendiri dengan mengenakan kopiah berwarna putih dan T-shirt biru gelap dengan berlatarbelakangkan dinding berwarna terang.

Bagaimanapun, lain yang diperkata, lain pula yang mencuri perhatian.

Semuanya gara-gara gaya rambut penyanyi yang popular dengan lagu Donde itu yang dilihat seakan penyek dan ‘tinggal separuh’.

Malah rata-rata peminat telah meninggalkan komen pelbagai. Ada yang menyangkakan rambut Andi dipotong pendek.

Rupa-rupanya, Andi memakai sebenarnya hanya mengenakan kopiah berwarna putih dengan latarbelakang pencahayaan (lighting) yang kuat dan ronanya hampir senada.

Ini antara komen yang ditinggalkan netizen;

Terdahulu, Andi pernah dilabel miliki penampilan mirip Suneo iaitu salah satu watak dalam siri animasi popular, Doraemon.

Video/ Foto : IG Andi Bernadee

IKLAN