Penyanyi Ayu Damit berjaya memperolehi markah sebanyak 80.60 peratus sekali gus menduduki tempat teratas dalam senarai 12 peserta yang bersaing menerusi program hiburan, Gegar Vaganza 7 (GV7) minggu ketiga pada Ahad.
Menyampaikan lagu Senyuman Ragamu yang dipopularkan oleh kumpulan OAG sambil diiringi band Salam Muzik, persembahan meyakinkan Ayu dalam minggu ‘Cuba Try Test’ menjadi komen positif kesemua juri.
“Macam inilah. Bila tonton persembahan itu, ia setara daripada bunyi dan visual yang keluar atas pentas itu. Saya suka yang itu,” komen salah seorang juri tetapnya, Datuk Ramli MS.
Sementara juri jemputan, Datuk Syafinaz Selamat pula secara seloroh meminta Ayu supaya tidak ‘hilang’ lagi.
Ads
Sementara itu, penyanyi senior Noraniza Idris yang tampil berbeza menerusi lagu Akan Kutunggu menduduki tempat kedua dengan markah sebanyak 73.40 peratus dan Linda Nanuwil pula di tempat ketiga dengan 70.80 peratus.
Secara keseluruhan, ini dia kedudukan peserta dan markah penuh yang diperolehi bintang GV7 minggu ini;
Ads
Terdahulu, Anugerah CUCKOO Healthy Home kali ini menjadi milik Oja dan menerusi segmen Kongsi Rezeki, penyanyi dan pelakon veteran Mimi Loma turut menerima RM10,000 sumbangan Farm Fresh dan Astro.
Bagaimanapun, tiada peserta yang tersingkir minggu ini meski Yantzen tidak dapat melakukan persembahan atas masalah kesihatan.
Ads
GV7 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu setiap hari Ahad, jam 9.00 malam, menyaksikan 13 peserta akan menyahut cabaran dengan tema ‘Lagu Berhantu’ pula minggu hadapan.
Foto: Instagram Astro Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Salam jumaat! Nak pesan, curi barang orang berdosa dan jangan main-main dengan doa orang yang teraniaya.
“Kalau sesiapa kenal ada orang buat kerja macam ni, nasihatkan dia dan suruh dia bertaubat dan minta maaf dengan orang yang dia aniaya. P/s Kasi on Al-Kahfi!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Alif turut menasihati orang ramai supaya berhenti daripada melakukan budaya mencuri ini dan bertaubat kepada tuhan selagi diberi kesempatan.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penacara program Big Stage 2020 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati selain turut menasihati Alif supaya bersabar dengan kejadian yang menimpanya itu.
Selepas berakhirnya BS2020, Alif kini dilihat sibuk menjalani sesi pengambaran drama berjudul Penjara Janji yang dijadualkan akan bersiaran pada Disember ini.
Sumber: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahukah anda, pada tahun 2016, akhbar, Harian Metro pernah melaporkan, dianggarkan lebih 1.1 juta lelaki di negara ini mengidap kanser prostat. Sekaligus menjadikan penyakit tersebut sebagai pembunuh lelaki nombor empat selepas serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Kanser prostat merupakan ketumbuhan merbahaya yang bermula dari dalam kelenjar prostat. Dalam beberapa kes, kanser ini dikatakan membiak dengan perlahan sehingga pesakit tidak menyedari sebarang simptom. Bagaimanapun, lama-kelamaan ia akan membesar dan mengililingi prostat.
Lalu, MH berkesempatan menemu bual pelakon dan aktivis sosial, Datuk Hans Isaac bertanyakan pendapatnya mengenai perkara tersebut.
Menurut Hans, segalanya mampu dicegah sekiranya rakyat Malaysia menjadikan pemeriksaan kesihatan secara berkala ini sebagai budaya atau pun rutin.
“Pada usia seperti saya ini, sekurang-kurangnya satu atau dua kali setahun kita kena buat ujian kesihatan. Mungkin sesetengah orang tak biasa tetapi itulah perkara yang paling penting sekali.
“Masa kita muda mungkin isunya tiada tetapi bila kita dah semakin tua ianya harus diberi keutamaan. Pemeriksaan kesihatan berkala ini harus dijadikan budaya. Bila kita dah buat full medical check up, sertakan sekali ujian kanser, marker dan sebagainya.
“Saya pula akan buat pemeriksaan kesihatan pada setiap bulan Januari. Itu rutin tahunan saya,” kongsinya menerusi perbualan telefon.
Ketika ramai yang menganggap kanser prostat merupakan isu terpencil dan sensitif untuk dibahaskan, Hans mendedahkan kebanyakkan daripada kita sebenarnya takut untuk berdepan dengan kenyataan.
“Saya tidak rasa topik ini merupakan sesuatu yang sensitif untuk dibincangkan. Sebaliknya, bagi saya majoriti daripada kita sebenarnya takut untuk mendengar perbualan tersebut.
“Ada orang yang takut sangat sampai tidak mahu berjumpa dengan doktor kerana tahu penyakit ini boleh meragut nyawa.
“Lebih baik kita tahu mengenai penyakit ini awal daripada terlalu lambat. Sesetengah orang bila dia tahu dia mengalami penyakit kanser ini, mereka menganggap sudah tiada harapan lagi.
“Sebenarnya, jika anda menyedarinya awal misalnya semenjak daripada peringkat pertama, anda masih mampu untuk merawatnya dan masih ada pulang. Tetapi jika sudah memasuki tahap yang ke-4, peluang untuk sembuh agak tipis.
“Bagi orang-orang urban yang duduk di bandar mungkin mereka lebih peka mengenai perkara ini tetapi bagi orang-orang biasa atau yang kurang berkemampuan mereka lihat perkara ini seperti bukan keperluan.
“Sesetengah orang menganggap pemeriksaan kesihatan ni mahal. Bila di peringkat awal ni mereka tidak mahu keluarkan duit, nanti bila dah melarat lagi susah. Lagi banyak belanja,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Hans turut mencadangkan supaya pihak hospital kerajaan memperbanyakkan lagi kempen kesedaran dan sekiranya perlu turunlah kelapangan.
“Kita ada hospital kerajaan. Mungkin mereka boleh mempergiatkan lagi usaha kesedaran dan kalau boleh pergilah sehingga ke peringkat akar umbi.
“Pergilah ke kawasan-kawasan kampung atau pendalaman dan buatlah ujian kesihatan di sana.
“Secara dasarnya, bukan semua orang berpeluang untuk mengamalkan kehidupan yang sihat kerana semua itu memerlukan wang.
“Jadi mereka menganggap perkara tersebut tak penting. Sebab itu saya kata kebolehan individu itu berbeza,” akhirinya.
Sumber: Instagram Datuk Hans Isaac & Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beberapa keping foto kereta mewah yang difahamkan telah disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah pun tular di media sosial hari ini.
Meski tiada perincian yang dibuat, namun ramai mendakwa kenderaan berkenaan yang disita dipercayai berkait rapat dengan siasatan terhadap kes penggubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.
Bagaimanapun spekulasi lain turut timbul apabila ada yang mendakwa, salah satu foto kenderaan yang dimuat naik mirip kenderaan yang dimiliki pelawak dan penyampai radio, Shuib.
Pengarah Urusan Indigital Music, Nana Mohd Rom ketika diminta mengulas mengenai perkara terbabit memohon maaf kerana tidak dapat membuat sebarang kenyataan mengenai dakwaan tersebut.
Nana Mohamad turut menjelaskan, Shuib akan menjelaskan beberapa perkara termasuk spekulasi yang tular di media sosial selepas urusannya dengan SPRM selesai.
“Maaf, buat masa ini kami tidak boleh memberikan sebarang kenyataan berkaitan hal tersebut memandangkan kes ini masih dalam siasatan SPRM.
“Kami harap semua pihak faham atas situasi yang berlaku.
“Betul atau tidak itu kereta Shuib sebagaimana yang didakwa, biarlah orang di luar terus berspekulasi,” katanya.
Ditanya mengenai kehidupan Shuib serta isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah, Nana memberitahu keduanya tetap meneruskan kerja seperti biasa.
“Shuib masih kerja macam biasa, begitu juga dengan Sarah. Komitmen sedia ada masih lagi diteruskan tanpa ada apa-apa masalah.
“Terima kasih atas doa dan semangat positif yang diberikan,” katanya ketika dihubungi MH.
Sebelum ini, Indigital Music menerusi satu kenyataan memaklumkan artis mereka, Siti Sarah Raissuddin hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu ketika pelawak itu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya, pada Khamis.
Selebriti itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.
Media sebelum ini turut melaporkan, SPRM telah membeku kira-kira 750 akaun milik ahli sindiket Macau Scam dan Perjudian melibatkan nilai RM75 juta.
Selain itu, SPRM turut menyita rumah serta 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini termasuk lima daripadanya adalah milik seorang lelaki bergelar datuk.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...