“Macam Dalam Mimpi,”- Gembira Bukan Kepalang Bila Sherry Ibrahim Tonton Konsert Spice Girls, Siap Hafal Lagu!

Share

Siapa sahaja yang tidak mengenali dengan kumpulan wanita Spice Girls yang terkenal dengan lagu Viva Forever pada era tahun 90-an dulu.

Pelakon Sherry Ibrahim misalnya yang kini berada di England untuk berliburan dan pada masa sama sempat isi masa dengan menyaksikan konsert Spice Girls 2019 yang berlangsung di Stadium Wembley, London, semalam.

Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim telah berkongsi berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.

“Rase mcm dlm mimpi I am so lucky to be here at Wembley Stadium for the second time and this time came all the way to watch my all time fav childhood girl group @spicegirls.

“I grew up with their music and i’m glad that i made it with my BFF I’m a huge fan of them and i ‘hafal’ all their songs!,” tulisnya.

Menerusi posting tersebut, Sherry juga memaklumkan bahawa dia berasa sangat teruja kerana berpeluang menyaksikan konsert artis kesayangannya itu.

Dalam pada itu, peminat turut berkongsi perasaan teruja di ruangan komen pada gambar tersebut.

Wah, mesti rasa seronok bila dapat berjumpa dengan artis kesayangan.

Foto : Instagram Sherry Ibrahim

IKLAN