Suami kepada Mawar Rashid, Raff Yaakob atau nama lengkapnya, Raden Ahmad Faizal Yaakob ada menyatakan antara sebab dia dan isterinya itu sudah lama tidak merakam foto bersama kerana sibuk menguruskan anak-anak.
Katanya menerusi Instagram, pasangan tersebut terpaksa memberi komitmen penuh dalam hal berkaitan anak-anak sejak pembantu rumah melarikan diri.
“Macam dah lama je #MawaRaf tak selfie berdua. Since our maid lari rumah haritu, we both sibuk working from home sambil jaga anak 3 orang kat rumah.
“But we are cool je hehe. I love our adventurous life, as long as I’ve you by my side @mawarashid. You’re my happiness (the kids too) and you’re my strength tau? Love you so much my lady,” tulisnya sambil disambut mesra isteri tercinta.
Ads
Sementara itu, ada pengguna media sosial yang membayangkan hal tersebut mungkin berlalu kerana terlalu penat.
Lalu, ia dijelaskan secara baik Raff.
Ads
“Sendiket. Agen kebas duit. Lima buah rumah yang berbeza, semua pembantu rumah lari pada minggu sama,” jelasnya.
Ads
Sekadar informasi, pasangan ini bernikah pada 9 November 2017 di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur dan mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Raff sebelum ini turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu.
Pelakon Idzham Ismail ada menitipkan janjinya buat keluarga tercinta. Titipan kata itu turut dikongsikan pelakon tinggi lampai ini menerusi Instagram, awal semalam.
Tulisnya, dia berjanji untuk menjadi suami yang boleh diharapkan isteri dan anak, serta akan sentiasa berada di samping yang tersayang setiap masa.
Malah, pelakon drama rantaian Pia ini juga turut mengharapkan perkara sama dari isteri tercinta.
“Saya post gambar ni sebab isteri saya kata this is the most beautiful picture dalam pandangan dia.
“Saya pernah berjanji untuk menjadi orang yang paling boleh diharap untuk isteri saya. Orang yang dia boleh bergantung. Orang yang tolong keluarga dia,” tulis Idzham.
“Orang yang dia tahu saya ada bila dia perlukan bila bila masa. Orang yang jaga kemewahan dia dan anak anak.
“Saya akan jadi seperti yang saya janjikan sebelum kita kahwin dulu. Jangan pernah lupa janji kita sebelum kita akad menjadi suami Isteri dulu. Amin InsyaAllah,” sambungnya lagi.
Pelakon Nur Fazura tidak menafikan dirinya ada berdepan pengalaman misteri dan ketika menjalani penggambaran filem Dendam Pontianak, meski ia tidaklah mengganggu kehidupannya secara keseluruhan.
Kongsi bintang ini kepada MH, dia hanya menyedari kehadiran entiti seakan-akan wanita berambut panjang mengurai yang dikatakan menyerupai dirinya setelah ditegur salah seorang kru di set lokasi.
“Sebelum ini saya tidak pasti untuk percaya atau sebaliknya. Banyak dengar cerita dari orang sekeliling.
“Akan tetapi bila nampak sendiri tu, ya saya percayalah sebab bila kejadian tersebut, saya pakai kebaya putih dan sarung batik, ‘dia’ pakai sebiji apa yang saya pakai,” kongsi figura cantik ini.
Bercerita mengenai kejadian tersebut dengan lebih lanjut, penerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2015 ini berkata, ia berlaku sekitar jam 3.00 pagi.
“‘Dia’ tidaklah mengganggu, cuma pandang dari kejauhan saja, tapi memang ‘dia’ ada si sekitar set penggambaran. Sekitar jam 3.00 ke 4.00 pagi waktu rehat, ada pengurus produksi meminta saya saya tengok belakang.
“Eh…’dia’ berupa rambut mengurai ke depan dan kami bertentangan pandangan waktu saya melihatnya.
“Sudah tentu, saya pengalaman yang berbeza sebabnya ketika saya melakukan penggambaran untuk filem Kami Histeria, tiada gagguan seumpamanya. Bagaimanapun semuanya berjalan lancar,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura atau lebih sinonim dipanggil Faz ditemui semasa sidang media filem Dendam Pontianak yang diadakan di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada Rabu.
Ditanya sama ada dia ada menerima gangguan usai penggambaran pada ketika itu, Faz bersyukur kerana dia tidak mengalami apa-apa pengalaman menakutkan.
Cuma, suaminya Fattah Amin ada berpesan supaya dia sentiasa mengamalkan bacaan ayat suci Al-Quran selain Ayat Kursi sebagai penguat semangat.
“Syukur saya tidak alaminya. Cuma selepas kejadian tersebut saya ada maklumkan kepada Fattah. Yang, I nampak hantu Yang. Katanya baca ayat suci Al Quran atau Ayat Kursi sebelum dan selepas pulang ke rumah,” kongsi Faz.
Filem Dendam Pontianak menjalani penggambaran di kawasan perkampungan di sekitar Selangor dan Perak.
Ia mengisahkan sepasang suami isteri yang baru berkahwin dan dibelenggu dengan perkara misteri hingga memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.
Mendukung watak pontianak bernama Mina, Dendam Pontianak telah diarahkan oleh Glen Goei dan Gavin Yap.
Selain Fazura, filem tersebut turut dibintangi Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadia Aqilah, Wan Hanafi Su dan Nadiah M.Din.
Dendam Pontianak akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 12 September depan dan turut ditayangkan di pawagam di Singapura pada 29 Ogos ini.
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi mencuri tumpuan apabila beliau sempat menyantuni sekumpulan peminat daripada kalangan pelajar sekolah menengah ketika sedang menikmati makan tengah hari di sebuah restoran, semalam.