Tahniah diucapkan buat pelakon Nynaa Harizal yang selamat melangsungkan majlis pertunangan pada Sabtu lalu bersama pasangannya yang juga usahawan dan pengarah kewangan, Fahmi Ilyas,29.

Menurut Nynaa atau nama sebenarnya, Nurul Hanynaa Harizal, 25, dia dan pasangan sepakat memilih 21 Ogos 2021 sebagai tarikh bahagia setelah perancangan awal untuk bertunang terpaksa ditangguhkan hampir tiga bulan.

Ia disebabkan Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Lembah Klang yang berlarutan disebabkan pandemik COVID-19.

“Oleh sebab kekangan musim pandemik ini, kami bersetuju untuk hanya melangsungkan perkara yang wajib saja. Adalah sedikit rasa terkilan kerana kami sudah berbincang dengan pihak perancang majlis.

“Namun apa yang penting, urusan pertunangan telahpun selesai,” kata pemenang tempat ketiga pencarian Dewi Remaja 2019 itu menerusi Remaja.

Majlis pertunangan telah dilangsungkan di kediaman keluarga belah perempuan dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Tidak menolak untuk mengakhiri zaman bujang dalam waktu terdekat, pelakon drama Madam E-Wallet ini bagaimanapun percaya kepada jodoh.

“Nynaa sudah bersedia dan begitu juga dengan si dia. Kadangkala, macam ada rasa tidak percaya juga Nynaa akan berkahwin pada usia semuda ini. Itulah dinamakan jodoh.

“Nynaa harapkan doa dari kalian agar segalanya berjalan lancar dan doakan agar kami berbahagia,” katanya.

Pasangan sama cantik sama padan ini saling mengenali kira-kira tiga tahun lalu, dan Fahmi disifatkan Nynaa sebagai lelaki yang menghormati orang lain serta mudah mesra.

Tambahnya lagi, Fahmi turut menyokong dan memahami kerjayanya sebagai seorang pelakon serta tidak mempunyai masalah sekiranya Nynaa ingin terus bergiat aktif dalam dunia lakonan selepas berkahwin nanti.

Malah beberapa foto sekitar majlis turut dikongsikan bintang cantik ini.

Sumber, Foto: Remaja, Instagram Nynaa Harizal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI