Setiap insan yang hidup di dunia ini pasti tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan dan dari kesilapan itu kita cuba perbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik.
Pelakon popular, Norkhirah sebelum ini menerusi akan instagram miliknya pernah meniggalkan komen meminta agar stesen TV tidak menyiarkan lagi drama lakonannya sebelum dia menutup auratnya namun komen tersebut sudah dipadam oleh Norkhirian bagi mengelakkan daripada berlaku sebarang salah faham di kalangan pengikutnya.
Rentetan daripada perkara itu, Norkhiriah memberitahu kepada satu sumber bahawa dia berharap permintaannya itu tidak disalahertikan.
Pelakon ini berkata, dia membuat permintaan itu adalah kerana dia berasa takut dengan dosa yang perlu ditanggung olehnya apabila orang lain melihat auratnya.
“Maafkan saya andai kata permintaan itu di luar kemampuan yang tidak sepatutnya dan andai ada terasa hati.
“Itu aurat saya, dosa saya… Saya mungkin tiada hak untuk menyekat tetapi dengarlah suara hati saya.
“Saya belum sempurna namun saya takut akan murka Allah daripada murka manusia,” katanya kepada Mstar Online.
Tambah Norkhiriah lagi, dia malu apabila melihat auratnya dan berkata dia seorang pendosa yang ingin ke syurga.
“Saya sendiri tengok aurat saya, Masya-Allah kenapalah begitu rupanya tapi bila difikirkan tiada salah tak datang betulnya.
“Ketika rambut saya mengerbang, maafkan saya. Saya jahil lagi hina, saya pendosa yang ingin ke syurga.
“Kata orang yang lama jangan dikenang maka harap tiada lagi yang diulang tayang selepas ini,” katanya lagi.
Semoga permintaan Norkhiriah ini tidak disalahertikan kerana dia hanya mahu melindungi dirinya daripada menanggung dosa atas kesilapannya yang lalu.
Sumber: Mstar Online
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI