Jutawan kosmetik, Safiey Ilias memuat naik foto ibu bapanya di laman Instagramnya semalam.

Di ruangan kapsyen, kelihatan penyanyi lagu Syinta Gila itu meminta maaf terhadap kedua orang tuanya itu.

“Maafkan apit mak dan ayah. Sebab selalu kecewakan mak dan ayah. Maafkan apit sbb apit org kg cakap ‘anak jantan sorg jadi penagih… anak jantan sorg jadi pondan’.

“Maafkan apit sebab xdpt jadi anak yg baik . Semoga segala amal apa yg apit buat mengalir pahala untuk mak dan ayah . Maafkan apit sebab jarang balik kg.

“Terima kasih sebab berkat doa mak dan ayah apit berjaya dalam semua exam dpt A kecuali SPM 8A 1B .

IKLAN

“Terima kasih sebab doa mak dan ayah apit berjaya dalam bisnes . Terima kasih sebab doa mak dan ayah otak apit cepat hafal dan faham apa jua ilmu yg apit dapat .

“Semoga kesabaran mak dan ayah doakan apit berubah one day jadi lelaki ALLAH GANTI DENGAN SYURGA FIRDAUS sebab sabar dengan ujian . Amin.

“Tq ustaz @ebitlew . Malam terakhir esok dh bersurai . Bertemu kerana Allah , berpisah kerana Allah . Itulah manis keluar dakwah.” tulisnya.

IKLAN

“Maafkan Apit Mak dan Ayah Sebab Selalu Kecewakan…,” – Safiey Ilias

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar Safiey terbuka hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.

IKLAN

“Maafkan Apit Mak dan Ayah Sebab Selalu Kecewakan…,” – Safiey Ilias

“Maafkan Apit Mak dan Ayah Sebab Selalu Kecewakan…,” – Safiey Ilias

Pada MH, semua orang melakukan kesilapan namun jalan taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa sahaja yang meminta. Apa-apapun, kita doakan moga-moga ada hidayah buat Safiey. Janganlah dok kecam je…

Foto/Instagram:Safiey Ilias

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI