
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat memohon maaf kepada peminat kerana tidak dapat berkongsi tayangan #BilaAydaJatuhCinta seperti yang telah diberitahu menerusi media sosial sebelum ini.
Atas beberapa kekangan, penyanyi Mata itu turut merakamkan ucapan terima kasih buat semua yang menantikan tayangan berkenaan yang sepatutnya dilancarkan pada Jumaat, jam 9 malam di saluran YouTube, Wuvv Show.
Ini kerana episod tersebut antara lain difahamkan bakal mengenang fasa jalinan cintanya bersama tunang tersayang, hos Nabil Mahir selain keduanya bakal membuat pengumuman mengenai tarikh istimewa mereka berdua.
“Assalamualaikum and hi. Sorry, due to some issues, kami tak dapat tayangkan #BilAydaJatuhCinta 9 malam tadi.
“Maaf dan thank you kepada yang menunggu. Insyaallah hari ni (Sabtu). Terima kasih banyak.
“Make sure to subscribe and on notification at our YouTube, WuvvShow. See you very soon,” tulis Ayda pada satu hantaran di Instagram.
Terdahulu, pasangan selebriti ini telah berkonngsi akan membuat pengumuman mengenai tarikh nikah mereka menerusi video episod pertama #BilAydaJatuhCinta di Instagram.
Sementara itu menerusi ruangan komen, para peminat yang sedia maklum mengenai perkara berkenaan masih tidak sabar untuk mengetahui hari bersejarah keduanya selain turut mendoakan agar urusan Ayda dan Nabil dipermudahkan.
Foto: Instagram Ayda Jebat
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Usia Makin Meningkat, Marsha Milan Fokus Jaga Pemakanan Demi Kesihatan

Isi Kandungan
ToggleMarsha yang berketurunan Kadazan-Dusun ini tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan wajah yang diamalkan setiap hari. Ditanya mengenai rahsia kecantikan, pemilik nama Marsha Milan Londoh ini, mengakui jarang mengalami masalah kulit breakout.
“Saya jarang mengalami kulit break out. Sejak berusia 30-an, kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab itu jerawat susah nak tumbuh.
“Tapi bila kulit wajah menjadi kering, saya perlukan produk-produk yang boleh membantu melembapkan kulit,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 di Michigan, Amerika Syarikat.
Selebriti Dan Kecantikan Berpisah Tiada
Tidak sah gaya hidup seorang selebriti tanpa mementingkan penjagaan kecantikan dari segi luaran dan dalaman. Marsha juga amat mementingkan penjagaan wajah kerana baginya selain suara, wajah juga merupakan ‘sumber rezeki’ buat dirinya dalam industri hiburan.
“Menjadi rutin, saya akan melakukan rawatan wajah atau facial setiap bulan atau dua kali sebulan bagi memastikan kulit wajah sentiasa terpelihara.
Selain itu, saya juga amat mementingkan ilmu mengenai jenis kulit agar tidak salah memilih produk yang bersesuaian dengan wajah”, ujar Marsha yang prihatin soal penjagaan wajah.
Ini Cara Marsha Pelihara Kecantikan Miliknya!
Selain itu, jika berada di luar rumah, Marsha akan pastikan pemakaian pelindung tabir suria untuk melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari selain memastikan pengambilan suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh.
Tambah Marsha lagi, selain penjagaan kesihatan wajah, dia juga amat menitikberatkan soal pemakanan seharian. Antara rutin yang menjadi sebahagian dari gaya hidup Marsha adalah meminum 1 liter air putih setiap hari dan mengelakkan pengambilan air manis.
“Marsha sememangnya suka makan sayur. Jadi, Marsha akan pastikan menu sayur wajib ada dalam diet seharian. Selain itu, Marsha akan mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.”
Selain Kecantikan, Kesihatan Juga PENTING
Pelantun vokal Kembali Terang ini berkata untuk kekal fit dan bertenaga, dia akan pastikan mendapat waktu tidur yang cukup dan berkualiti serta meluangkan masa melakukan senaman. Antara senaman yang menjadi pilihan Marsha termasuklah yoga.
“Saya memilih senaman yoga kerana tertarik dengan pergerakannya yang lembut tetapi penuhimpak. Selalunya, saya akan pastikan melakukan yoga dua kali seminggu di rumah selama satu jam”, ujar Marsha yang tidak menafikan turut mengalami masalah berat badan apatah lagi di rumah keluarga besarnya sering menyediakan pelbagai menu yang enak.
Tetapi Marsha bersyukur dia dapat mengawal selera dan masalah berat badan dan menganggap ia sebagai sebahagian fasa kehidupan yang dilalui dengan senang hati.
Wanita Kadazan -Dusun ini rupanya ada 10 formula kekal cantik dan cergas. Ini kami kongsikan rahsia kejelitaannya:
1) Senaman Yoga – sekerap mungkin minimum 2 kali seminggu di rumah, dalam 1 jam sekali.
2) Setiap bulan facial sekali sebulan.
3) Kurang minum manis.
4) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran.
5) Air putih minum 1 liter setiap hari.
6) Amalkan pengambilan suplemen tambahan.
7) Kenali kulit agar tahu guna produk penjagaan yang sesuai.
8) Wajib pakai pelindung tabir suria setiap kali keluar rumah.
9) Kurang makan makanan segera banyakkan makanan sihat.
10) Tidur cukup.
Tak adalah susah sangat tip dari Marsha ini, jom kita sama-sama cantik dan fits macam beliau.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto : Instagram Marsha Milan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Amy Search Umum Tema Busana Konsert ‘Magic’, Galak Peminat Berfesyen Ala ‘Rock It Like Amy’ – “Bukan Sekadar Hiburan Biasa, Tapi…”

Isi Kandungan
ToggleSempena pembukaan rasmi jualan tiket konsert Amy Search Magic yang bermula semalam, legenda rock tanah air, Datuk Amy Search, mengumumkan tema busana khas bagi peminat yang bakal menghadiri konsert berprestij tersebut.
Konsert solo sulung figura hebat ini dijadualkan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 26 April depan.
Mengangkat tema ‘Rock It Like Amy’, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, senang sekiranya peminat untuk tampil dalam gaya fesyen yang mencerminkan semangat dan identiti rock.
Penghormatan Kepada Evolusi Muzik Rock
Menurut Amy, tema tersebut bukan sekadar pilihan gaya berpakaian tetapi simbol penghormatan terhadap evolusi muzik rock serta perjalanan seninya yang menjangkau lebih empat dekad.
“Saya berharap peminat dapat memeriahkan konsert ini dengan penampilan yang meraikan jiwa rock sejati,” katanya.
“Saya nak semua yang datang ke konsert ini menghidupkan kembali gaya rock yang pernah saya gayakan sejak empat dekad lalu hingga sekarang.
“Sama-sama kita rasai pengalaman dunia rock yang pernah mencetuskan fenomena sekitar 80-an dan masih mendapat tempat sehingga kini” katanya.
Mahu Cipta Memori Manis
Amy menambah, pemilihan tema itu juga selari dengan konsep konsert yang bakal menampilkan pelbagai elemen magis dan luar biasa.
“Konsert ini bukan sekadar hiburan biasa, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh magis dan kenangan buat peminat.
“Saya percaya sentuhan hebat Jennifer Thompson selaku pengarah konsert serta pimpinan muzik yang akan diketuai oleh Rie Tsuji, konsert ini akan mengembalikan segala nostalgia dan memberikan kenangan manis kepada semua,” katanya lagi.
Tiket untuk konsert ini sudah mula dijual dan harga tiket bermula daripada RM188 (Cat 6- Lagu Tiada lagi ), RM288 (Cat 5 – Gita Rama Sita), RM388 (Cat 4 – Kerja Gila), RM538 (Cat 3- Kalimah Cinta), RM608 (Cat 2 – Saatku Idamkan) dan RM788 (Cat 1- Rock Royalty).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pergerakan Terbatas Sedikit-Sebanyak Boleh Beri Kesan Kepada Emosi…,” – Cuba Manfaatkan! Dr Che Hafiz ‘Listkan’ 7 Tip Jaga Kesihatan Mental Ketika PKP

Ketika ini, dunia sedang dilanda penularan pandemik Covid-19 yang boleh mengancam nyawa.
Malah, Malaysia sendiri tidak ketinggalan dan kita sedia maklum, bilangan kes positif virus itu meningkat hari demi hari.
Bagaimanapun inisiatif kerajaan yang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April depan diharap dapat memutuskan rantai penyebarannya.
Lalu pegawai perubatan, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum menerusi satu kenyataan memberitahu, pergerakan yang terbatas selain duduk di dalam rumah sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada perasaan dan emosi seseorang.
Misalnya, akan berasa sedih dan tertekan memandangkan kebanyakan daripada kita sudah terbiasa dengan aktiviti harian.
Jika tidak dikawal dengan baik emosi seperti ini lama kelamaan ia boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.
Bermula dengan perasaan risau seperti contoh mendengar berita tentang pertambahan kematian pesakit positif covid-19. Jadi perasaan risau ini lama-kelamaan Jika tidak dibendung awal-awal ia boleh bertukar menjadi perasaan sedih sehingga juga boleh mengakibatkan kesihatan mental akan terjejas.
Jadi, ini antara tips yang anda boleh lakukan demi kesihatan mental sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan;
Pastikan anda sentiasa mendapat maklumat yang sahih kerana jika anda mendapat maklumat yang palsu atau tidak benar, ia boleh membuatkan seseorang itu bertambah lebih cemas dan risau atau tidak keruan.
Eratkan hubungan antara sesama ahli keluarga atau kawan rapat. Mungkin sebelum ini anda terlalu sibuk dengan kerja dan tiada masa. Jadi rebutlah peluang yang ada ini dengan selalu bertanya khabar walaupun melalui telefon kerana tidak dapat balik Ke kampung. Di situ juga anda boleh meluahkan perasaan kepada mereka.
Pilihlah kaedah pemakanan yang sihat dan seimbang. Dengan mengikut kaedah pemakanan yang betul, ia bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan malah memberi kesan baik kepada kesihatan mental seperti pengambilan asid lemak omega-3.
Miliki waktu yang cumup, kurangnya-kurangnya antara 6-8 Jam sehari. Ambillah peluang yang ada untuk betul2 rehatkan badan dan minda anda.
Kerap bersenam. Meski PKP sedang dijalankan, ini tidak bermakna anda tidak boleh bersenam. Praktis dan pilihlah jenis senaman yang lebih sesuai dan boleh di lakukan di rumah. Paling penting anda enjoy lakukan senaman tersebut.
Inilah masa untuk latih diri untuk sentiasa berfikiran positif. Elakkan daripada membaca atau mendengar akan perkara yang memberikan kesan negatif kepada emosi. Cuba isi masa lapang yang dengan melakukan aktiviti atau hobi berfaedah misalnya melukis, memasak,menulis novel, main alat muzik,membaca buku, mendengar lagu. Bagi bagi mereka yang beragama Islam, anda boleh membaca Al-quran atau rajin lakukan solat Sunat.
Semoga tips yang telah saya kongsikan ini dapat dimanfaatkan bersama agar kesihatan mental tidak terjejas dan moga kita akan menjadi seorang yang lebih ceria dan semangat apabila mula sambung kerja hari pertama nanti setelah tamat tempoh PKP. Jadi sama-samalah berdoa agar ujian berat ini akan berakhir.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI