Untuk wanita yang sedang atau pernah hamil pasti sudah melalui pengalaman untuk meminum ‘air gula’ bagi memeriksa kadar gula dalam badan.

Baru-baru ini, pelakon popular, Ummi Nazeera ada memuat naik satu video sedang meminum air gula di akaun Instagramnya.

Menerusi ruang kapsyen pula, Ummi telah berkongsi pengalamannya minum air gula tersebut.

A post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

IKLAN

“Hello ! Thanks to my dearest friends and fans for sharing your experience yesterday about drinking glucose water ..

 

Feedback ummi tentang minum air gula ? Not bad … ?? Original flavor dikacau dengan air suam… ummi berjaya habis kan dengan 4 kali teguk… alhamdulillah . Kalau ummi boleh ! Mesti u guys boleh ! Sebab Ummi memang anti apa apa berkenaan dgan ubat dari kecil lagi .. hah hah hah ! Menangis setiap kali kena makan ubat.. yg pelik nya . Suami pula doctor ?

 

Pagi semalam saya siap buat buat tak boleh bangun tidur sebab takut nak pergi clinic minum air gula ?? . Sian @izzar layankan saja lah yaaa

 

All the best to mommies out there ! Bismillah ! Sure boleh buat … tukar mindset cakap senang sajaaa … ???,” tulisnya.

MH dapati ramai pengikut dan peminat Ummi yang turut berkongsi pengalaman masing-masing meminum air gula semasa hamil.

hxnzxh: haha mase i pulak alhamdullilah i minum sekali terus je sebab malas nak tunggu minum sikit sikit yela mase tu malam tu kan kene puasa perut pula dah lapar haha jadi tak fikir ape minum terus je hihi

IKLAN

amirahjherman: Hahaha so sweet muka .. Skrg klu xde risk factor, minum air gula dah wajib.. klu ade, 2x.. kalau excessive weight gain, up lg 3x.. ???

IKLAN

fazlinah_damiyan_arissa: Seksa minum air gula… muka @umminazeera tu sama mcm ibu2 mengandung yang lain… tapi apa boleh buat prosedur ibu preggy..??..bukan senang nak habiskan..??

iamlisma_sudarso80: Minum air gula wajib untuk ibu2 hamil . Akak pregnant sekarang ni pun kena 2 kali minum air gula . Fist mcm 4mont coz berat badan naik mendadak . Lg sekali next week sebab wajib untuk ibu hamil 7bulan . Kadang2 dah nak dekat tarikh bersalin baru dpt kesan kita ada kencing manis… ☺☺

Sumber: Instagram Ummi Nazeera

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI