Adik Datuk Farid Kamil, Fadzil Zahari meluahkan rasa kesyukuran tidak terhingga beliau setelah abangnya dibenarkan diikat jamin.

 

Dia merupakan salah seorang insan yang berdiri teguh di belakang Farid dan memberikan sokongan kepadanya saat pelakon tersebut ditahan reman minggu lalu kerana melakukan keganasan terhadap orang awam, menampar seorang anggota polis dan dua lagi pertuduhan lain.

Menerusi laman Instagram miliknya, Fadzil memuat naik satu foto abangnya di mahkamah berserta kapsyen memberikan penghargaan pada orang ramai yang sentiasa memberikan sokongan pada Farid.

IKLAN

Luahan Sedih Fadzil Zahari Tentang Abang, Menyentuh Hati Pembaca!

“Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT, kecik kecik dulu kami selalu bergaduh dan mama serta abah selalu marah.

“Kata mama, ‘Lidi kalau sebatang, senang ja orang nak patahkan, tapi cuba kamu ikat lidi tu banyak banyak, cuba patahkan? Susah dak?

“‘Sama la kamu adik beradik, kalau sorang sorang kamu mudah di jatuhkan, tapi kalau kamu bersatu, InsyaAllah’

“Terima kasih pada semua yang berada bersama kami dari hari pertama, yang sentiasa mendoakan. Terima kasih pada PDRM dan terima kasih semua,” tulisnya.

Mahkamah membenarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 Mac depan untuk sebutan semula kes.

IKLAN

Bagi MH, sikap Fadzil ini patut dipuji dan juga menunjukkan hubungan kekeluargaan mereka sangat akrab. Harapnya keluarga beliau kekal tabah menghadapi dugaan ini.

Selain itu, netizen juga turut mendoakan Farid serta memuji sikap Fadzil itu.

IKLAN

 

Luahan Sedih Fadzil Zahari Tentang Abang, Menyentuh Hati Pembaca!

Luahan Sedih Fadzil Zahari Tentang Abang, Menyentuh Hati Pembaca!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI