Keperibadian mulia jemaah tabligh yang kini sedang dirawat di hospital selepas disahkan positif jangkitan Covid-19 nyata mula membuka mata masyarakat.

Luahan hati dan perkongsian jururawat yang bertugas menjaga jemaah ini menjentik hati netizen untuk melihat dengan lebih mendalam hikmah yang terkandung di sebalik ujian Allah.

Wad pengasingan virus jemaah ini sentiasa bergema dengan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran, zikrullah dan tidak pernah gagal menjaga solat berjemaah dan solat sunat. Walaupun rata-rata pesakit sudah lanjut usia namun mereka tidak menyusahkan kakitangan hospital.

Jelas kakitangan barisan hadapan itu lagi, situasi di dalam wad jemaah tabligh cukup menenangkan, kesemuanya berjubah dan berserban dengan senyuman sentiasa terukir di bibir.

IKLAN

Malah pertuturan yang lembut dan sentiasa bertanya andai perlukan pertolongan mengubat keletihan mental dan emosi petugas.

Luahnya lagi, tingkah laku dan amalan yang ditunjukkan oleh jemaah ini cukup terkesan di hati kerana majoritinya terlalu baik.

“Luahan Nurse2 yang menjaga jemaah tabligh.. Allah bagi ujian pada kita supaya Masyarakat dan kita semua belajar balik cara kehidupan Rasulullah SAW.

“Hari ini sebenarnya kehidupan Islam kita banyak di pengaruhi dgn adat orang melayu (datuk nenek moyang) kita berbanding cara kehidupan Islam yg di ajarkan oleh Rasulullah saw.

“Inilah masanya belajar cara akhlak Rasulullah saw dan Sunnah Nabi saw dalam kehidupan,” kongsinya.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, 62 peratus pesakit yang didapati positif COVID-19 selepas disaring adalah golongan yang menghadiri ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling, hujung bulan lalu.

Foto : Instagram Azuan Mazlan