Pelakon dan pengarah berbakat, Liyana Jasmay tidak menafikan dirinya sering diberi tawaran untuk melakonkan watak wanita bermasalah serta berpenampilan buruk menerusi sesebuah projek.

Menurut Liyana, dia juga sebenarnya ingin membawa watak wanita biasa yang tampil cantik di layar perak.

Liyana Jasmay Selalu Dapat Watak Wanita ‘Hodoh’ & Bermasalah, Syukur Pengarah Hargai Bakat – “Kadang Saya Terfikir Juga Kenapa…”

“Bila orang nak bagi saya tawaran berlakon, mesti saya dapat watak yang buruk dan bermasalah. Kadang-kadang saya terfikir juga kenapa mereka tak boleh bagi saya watak wanita cantik, individu jatuh cinta atau perempuan yang dikejar hero?

“Kalian boleh lihat bagaimana wajah saya di dalam filem ini. Saya pun geli tengok wajah sendiri.

“Pada awalnya, penerbit maklumkan yang saya kena jadi adik Remy Ishak. Mungkin sebab warna kulit kami sama. Bila berbincang lebih mendalam, rupanya watak saya ini merupakan gadis yang terbantut.

“Badannya sudah dewasa tapi mindanya seperti kanak-kanak. Hal ini berlaku disebabkan kejadian trauma yang dilaluinya,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem seram terbaharu, Qifarah, baru-baru ini.

Ads

Liyana Jasmay Selalu Dapat Watak Wanita ‘Hodoh’ & Bermasalah, Syukur Pengarah Hargai Bakat – “Kadang Saya Terfikir Juga Kenapa…” Liyana Jasmay Selalu Dapat Watak Wanita ‘Hodoh’ & Bermasalah, Syukur Pengarah Hargai Bakat – “Kadang Saya Terfikir Juga Kenapa…”

Walaupun sering diberi watak berat, Liyana tetap melihat perkara itu dari sudut positif dan menyifatkannya sebagai peluang untuk mengasah kemahiran lakonan.

“Sebenarnya, saya bersyukur juga kerana watak seperti ini dipanggil ‘character acting’. Kita perlu dalami dan serahkan banyak tenaga.

“Namun, pada saya, setiap watak itu ada keistimewaannya sendiri. Kalau saya dapat watak ringan sekali pun, saya akan tetap buat ia nampak hebat.

Ads

“Saya bersyukur dengan segala watak yang diberikan kepada saya. Namun, sejujurnya saya jarang dapat watak yang comel-comel melainkan daripada syarikat saya sendiri. Orang tak nak kasi, kita buat sendiri,” ujarnya lagi.

Yakin Pelakon Baharu Pun Mampu

Dalam masa sama, Liyana percaya pelakon-pelakon baharu juga berpotensi membawakan watak berat, namun mungkin belum diberi ruang kerana faktor nama dan reputasi.

Liyana Jasmay Selalu Dapat Watak Wanita ‘Hodoh’ & Bermasalah, Syukur Pengarah Hargai Bakat – “Kadang Saya Terfikir Juga Kenapa…” Liyana Jasmay Selalu Dapat Watak Wanita ‘Hodoh’ & Bermasalah, Syukur Pengarah Hargai Bakat – “Kadang Saya Terfikir Juga Kenapa…”

“Saya pun terfikir hal yang sama juga. Mungkin ada juga pelakon lain yang boleh buat. Malah, saya baru sahaja berlakon dengan pelakon baharu, Khayrisyah Kamal.

Ads

“Mereka boleh bawakan watak seperti ini dengan baik tapi mungkin sebab nama mereka masih baharu, jarang diberikan peluang.

“Syarifah Amani juga boleh bawakan watak-watak seperti ini. Namun, pengarah ada kehendak sendiri. Segala bergantung kepada rezeki dan siapa yang dapat panggilan,” akhirinya.

Liyana antara barisan pelakon utama dalam filem Qifarah bersama Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Namron, Isma Daniel dan ramai lagi.

Filem arahan pengarah tersohor Ghaz Abu Bakar ini bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 9 Oktober.

Qifarah diterbitkan oleh Skop Productions dengan kerjasama My Way Pictures dan Astro Shaw, serta Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran rasmi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads