Liyana Jasmay Kini Sudah Berhijab

Pelakon wanita, Liyana Jasmay kini tampil semakin jelita apabila sudah mengenakan hijab.

Berita ini diketahui daripada satu perkongsian pengguna laman Instagram, Arymuzamer yang merupakan seorang jurusolek artis.

Dia telah memuatnaik satu gambar Liyana bertudung dengan kapsyen,

“L I Y A N A J A S M A Y
Moga terus istiqamah.. amin..,” tulisnya.

Beralih pula ke akaun Instagram milik Liyana, dia juga turut berkongsi sekeping gambarnya dengan mengenakan hijab dan rata-rata pengikutnya telah meninggalkan komen yang sangat positif.

norashikinyaakub: Cantik bertudung

IKLAN

miz_eyza: @liyanajasmay alhmdulilah…. canteq sangt�

shahanom._: Smoga trus istiqamah berhijab

? by @pinography ? by @arymuzamer

A post shared by liyanajasmay (@liyanajasmay) on

Memang tidak dapat dinafikan kecantikan yang dimiliki oleh Liyana semakin terserlah selepas mengenakan hijab.

Didoakan agar Liyana terus istiqamah untuk berhijab dan menjadi role model buat peminat-peminatnya di luar sana.

Sedikit info tentang permulaan kerjaya Liyana Jasmay dalam dunia seni, dia telah memulakan kerjayanya dalam bidang lakonan sejak berusia 9 tahun lagi menerusi drama Si Lembik arahan Datuk Haji Aznil Nawawi.

IKLAN

Sejak drama itu, Liyana lebih menonjol dalam industri seni dan mula giat berkecimpung dalam drama siri televisyen.

Pada tahun 2006, Liyana mula melangkah ke layar lebar dengan memegang watak utama dalam filem Castello serta bergandingan dengan Rosyam Nor dan Erra Fazira. Menerusi filem ini, pelakon wanita ini telah mendapat pencalonan Aktres Harapan Festival Filem Malaysia ke 19.

Selain menjadi seorang pelakon, kini Liyana juga sudah menceburi bidang nyanyian dan lagu-lagu nyanyiannya mendapat sambutan daripada pendengar dan sering menjadi siulan ramai. Antara lagu nyanyiannya adalah, Aku Tak Percaya Cinta, Aku Jatuh Cinta, Cinta Bersatu dan banyak lagi dan kini yang paling terbaru adalah lagu, Oh Na Na.

Sumber: Instagram Arymuzamer & Instagram Liyana Jasmay