Pelakon, Lisa Surihani mengakui keputusannya untuk mengenakan hijab disebabkan permintaan sesiapa atau mengikut kehendak suaminya termasuk suaminya, Yusry Abdul Halim.
Tegas Lisa lagi, keputusan yang dibuat sejujurnya tidak dipengaruhi sesiapa, malah apa apa yang dilakukan difikirkan sebagai yang terbaik.
“Biasanya kalau orang tanya apa kata suami, saya minta tolong untuk tanyakan padanya sendiri. Lebih baik untuk tanyanya terus.
“Sebab saya mungkin merasakan benda ni bukan sebab atas suruhan atau sesiapa, termasuk dirinya. Cuma mungkin saya dapat rasakan, dia inginkan saya buat keputusan tersebut sendiri, atas sebab yang betul.
“Ataupun sebab yang kita semua harapkan adalah perkara yang betul,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Lisa juga tidak menafikan dia mengambil masa yang agak lama untuk berkongsi memandangkan hijrahnya ini merupakan suatu hal yang bersifat peribadi.
Ads
“Sejujurnya, saya baru pulang dari umrah dan jika perkara ini mudah, saya cepat-cepat akan kongsikan gambar dan beri masing-masing faham. Akan tetapi di sebalik mengapa saya kenakan hijab, ia amat peribadi,” jelas Lisa.
Malah, katanya lagi, dia turut tidak berapa gemar dengan istilah ‘perubahan imej’ yang sering disinonimkan dengan wanita yang baru mengambil keputusan untuk bertudung.
“Bukan satu keputusan yang dilakukan semalaman. Ia suatu perjalanan yang panjang jadi pada masa sama, kenapa saya tak begitu gemar dengan perkataaan imej atau ‘new look’, kerana ia ibarat menghadkan definasi hijab pada sisi pemakaian sahaja.
Ads
“Bila sebenarnya definasi hijab itu lebih luas konteksnya. Saya pun masih berdoa, meski saya masih mencari hidayah. Jadi saya minta semua untuk doakan saya istiqamah,” katanya.
Terdahulu, bintang Istanbul Aku Datang ini ditemui media pada majlis rakaman program Tanya Doktor Imelda.
Tanya Doktor Imelda merupakan sebuah rancangan bual biacara khuhus buat golongan wanita terbitan Astro Prima dengan kerjasama strategik bersama pihak Karangkraf menerusi Ideaktiv Sdn. Bhd.
Ads
Bakal bersiaran bermula 4 Julai depan, Tanya Doktor Imelda bakal bersiaran secara eksklusif setiap Khamis jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (105) dan Prima HD (121).
Terdahulu, Lisa menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto berhijab selepas menghadiri sidang media sebuah aplikasi sosial di ibu kota baru-baru ini.
Spekulasi mengenai penghijrahan pelakon popular itu mulai diperkatakan apabila rakan pelakon, Intan Ladyana turut berkongsi foto bersama Lisa yang sudah berhijab beberapa hari lalu menerusi Instagram miliknya.
Beberapa tahun lalu, penceramah selebriti, Ustaz Hanafi dilaporkan menghidap kanser limfoma tahap empat.
Namun begitu, siapa sangka Ustaz Hanafi kini dilihat sudah beransur pulih berkat kesabaran dan ikhtiarnya melawan penyakit berbahaya itu.
Menerusi sebuah video yang dikongsikan di laman Facebook, Ustaz Hanafi telah menceritakan pegalamannya berdepan penyakit kronik berkenaan.
“Bila saya disahkan mengidap penyakit kanser, saya ucap syukur kepada Allah. Kenapa saya sebut Alhamdulillah? Kerana ia akan buat hati saya jadi lapang.
“Syukurlah walau diberi penyakit kanser, mungkin itu adalah tiket kita untuk ke syurga. Syukurlah walau tangan dipotong, lidah dipotong, pembedahan, radioterapi atau kimoterapi. Jangan lupa untuk bersyukur,” katanya.
Dalam pada itu, Ustaz Hanafi turut meminta supaya kita selalu bersangka baik kepada Allah walaupun diuji dengan dugaan berat.
“Selain syukur, kita juga harus bersangka baik kepada Allah. Solatlah walau duduk terbaring di katil. Solatlah dimana anda berada. Guna isyarat mata pun takpa,” ujarnya lagi.
Di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan keazaman yang ditunjukkan Ustaz Hanafi untuk melawan penyakit kronik itu.
Alhamdulillah, syukur! Tiada yang mustahil di dunia ini jika berusaha dan bertawakal. Dikesempatan ini MH doakan, semoga Ustaz Hanafi sentiasa diberi kesembuhan seterusnya dapat meneruskan usaha dakwahnya itu.
Foto: Facebook Ustaz Hanafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bila tiba bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, usahawan dan penyanyi Datuk Seri Aliff Syukri berbesar hati menghulurkan bantuan kepada orang yang lebih memerlukan.
Malah, setiap tahun Aliff akan mengadakan majlis penyerahan zakat kepada orang yang memerlukan dan tahun ini pula di Kampung Sunbgai Nibong, Selangor.
“Doakan mereka yg kurang berkemampuan ini juga gembira di bulan mulia ini.. dan sesiapa yg mendoakan kebaikan saya.. saya juga turut mendoakan kalian????
“Setiap hasil keuntungan yg diperoleh dprd perniagaan @as.legacymalaysia saya sedar hasil ini juga hak milik mereka yg memerlukan.. Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang..
“Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan.. Terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong jenama @as.legacymalaysia … boleh saya tau??? siapa pengguna atau mop saya??? sila komen d bawah..sokongan anda saya peruntukkan pada mereka yg kurang berkemampuan? ada yg perlukan bantuan saya lagi..kalau ada komen d bawah nanti sy akan berjumpa anda,” tulis Aliff panjang lebar.
Selain itu, suami kepada Datin Seri Shahidah ini juga telah mengeluarkan zakat sebanyak RM1.2 juta untuk tahun ini.
“Alhamdulilah sy telah selesaikan tanggungjawab wajib kepada mereka yang memerlukan.. Setiap hasil keuntungan yg diperoleh dprd perniagaan @as.legacymalaysia saya sedar hasil ini juga hak milik mereka yg memerlukan..
“Perniagaan yg dibina ini bukan semata-mata utk mengumpul kesenangan milik sy seorang.. Sy telah miliki segalanya dan sebahagian drpd harta kesenangan ini akan sy berikan kpd mereka yg memerlukan..
“Terima kasih kpd semua yg sentiasa menyokong @as.legacymalaysiasehingga saya mampu mengeluarkan Zakat sebanyak 1.2 Juta pada tahun ini.. Alhamdulilah di atas rezeki Nya,” tulisnya lagi.
Penyanyi Azlan & The Typewriter berkongsi perasaanpilu apabila memaklumkan perkembangan bapanya selepas dijangkiti Covid-19 dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Serdang.
Menurut Azlan atau nama sebenarnya, Nor Azlan Rosle, 39, lagi, bapanya yang berusia dalam lingkungan 60-an turut menghidap penyakit buah pinggang dan diabetes, menyebabkan status kesihatannya dilaporkan kian merosot selepas disahkan positif wabak berkenaan.
“Bila dapat tahu… kondisinya teruk. Saya sebenarnya mampu berserah sahajalah. Apa yang tertulis, saya laluinya dengan reda. Kuasa tuhan sebenarnya.
“Harapan saya, semoga ada keajaiban tuhan, kalau bapa boleh sembuh seperti sedia kala, alhamdulillah,” katanya.
Azlan bagaimanapun sempat bertemu dengan bapa kandungnya itu sebelum ini.
“Kali terakhir saya berjumpa dengannya sekitar bulan lalu sebelum dia disahkan positif Covid-19.
“Keadaan ini sukar dijangka kerana sesiapa saja mungkin dijangkiti. Apabila tiba masanya, jaga bagaimana pun, kita tetap kena juga,” katanya.
“Bapa dimasukkan ke hospital kira-kira dua minggu lepas dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan sejurus dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatan yang kurang baik.
“Saya harap keluarga saya kuat berdepan dugaan ini,” katanya.
Azlan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran label muzik, Indigital Music Sdn Bhd di restoran 10 Gram, Puchong, Selangor pada Selasa.
Sementara itu katanya kepada MH, berkata ahli keluarganya yang lain bagaimana pun disahkan negatif Covid-19.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.