Nama pasangan selebriti Linda Hashim dan Beego hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini susulan kisah melibatkan rumah tangga mereka.
Kembali rujuk pada 9 April lalu selepas disahkan bercerai pada 27 Mac lepas, Linda dan Beego mengambil keputusan untuk sama-sama saling membuang ego demi menyelamatkan perkahwinan mereka.
Linda atau nama sebenar, Norhazlinda Hashim, 39, juga sempat berkongsikan gambar terbaharunya bersama Beego menerusi laman Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menurut Linda, foto itu dimuat naik bagi ‘memenuhi’ permintaan ramai yang mahukan gambarnya berdua bersama suami.
“Assalamualaikum.. terlalu ramai bertanya mana gambar kami berdua. Bukan tak nak post tapi malulah.
“Kita taklah secantik mana pun.. ni pun gigih cari angle mana yang on point,” tulis Linda di ruangan kapsyen.
Menerusi foto itu, memperlihatkan Linda dan Beego bergambar mesra berlaga pipi serta berpakaian tradisional sedondon berwarna merah jambu.
Dalam entri itu juga, aktres berkenaan turut mengirimkan ucapan penghargaan di atas sokongan yang diberikan ramai pihak terhadap mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah kami nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua yang tak henti-henti mendoakan kami, yang bagi kata-kata positif pada kami, yang happy tengok kami.
Hubungan di antara pelakon Sharnaaz Ahmad dengan aktres baharu, Amelia Christie kini bukan lagi rahsia selepas kedua-duanya hadir saling berpimpinan tangan pada malam gala filem Polis Evo 3 yang diadakan baru-baru ini.
Terbaharu, perkongsian Amelia, 23, menerusi Instagram Story menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik sebuah video ringkas menyatakan kegembiraannya menerima bunga orkid daripada insan tersayang.
Dalam video berkenaan, Amelia turut menunjukkan kad ucapan yang disertakan sekali dengan hadiah tersebut yang diberikan oleh Sharnaaz serta anak tunggalnya, Jebat Jayden.
“Thank you Sayang, Mamu,” tulis Sharnaaz dalam kad tersebut.
Amelia turut menulis kapsyen ringkas dalam entri tersebut yang berbunyi, “Apa yang saya tahu, kamu (Sharnaaz) adalah insan yang tidak pernah gagal untuk membuatkan saya tersenyum.”
Untuk info, Sharnaaz, 38, sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga merupakan kakak kepada Neelofa pada 30 Mac 2017 namun disahkan bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemilihan kasut yang selesa sangat perlu dititikberatkan, lebih-lebih lagi ia memainkan peranan untuk memelihara kaki kita selepas sibuk bergerak seharian ke pelbagai destinasi.
Jenama kasut popular, Bata tampil dengan Koleksi Baharu Bata Red Label yang datang dengan pelbagai pilihan, sampai rambang mata untuk pilih mana yang terbaik!
Malah perkara tersebut turut dikongsikan duta Bata, pelakon Aedy Ashraf dan Anna Jobling yang sebenarnya merupakan pengguna setia jenama berkenaan sejak kecil lagi.
“Saya teruja sebab Bata menggembalikan kenangan di zaman persekolahan saya, kasut sekolah saya dulu memang daripada jenama Bata!
“Bila dipilih jadi duta, ia ibarat saya jumpa balik dengan kawan yang dah lama tak berjumpa, memang teruja.
“Look dan feel brand Bata memang sangat sesuai dengan saya dan selesa buat saya.
“Masa sekolah dulu saya akan pastikan tiada sesiapa pun yang akan pijak kasut saya, kalau ada yang terpijak, memang saya marah,” seloroh Aedy.
Senada dengan Aedy, Bata juga membuatkan Anna terkenang memori zaman persekolahannya.
“Memang dari dulu lagi, saya pakai Bata pergi sekolah dan bangga dapat gayakan kasut jenama Bata.
“Saya memang suka sebab rekaannya yang simple dan harga yang sangat berpatutan. Satu family saya pun pakai Bata!” kata Anna.
Tidak sesekali berkrompomi mengenai soal keselesaan, Aedy dan Anna ternyata meletakkan perkara itu sebagai yang terpenting dalam soal pemilihan kasut selain rekaan yang menarik.
Kelebihan Bata Red Label yang mempunyai teknologi LifeSole by Ortholite menambahkan lagi 50 peratus lebih keselesaan buat si pemakainya.
“Memang kalau bab kasut saya akan sangat mementingkan keselesaan. Keselesaan itu sentiasa menjadi perkara nombor satu yang saya cari dalam memilih kasut untuk digayakan.
“Lebih-lebih lagi pada musim perayaan yang mana kita akan berkunjung ke rumah keluarga dan sanak-saudara. Sudah tentu kita nak rasa selesa bila pergi jalan-jalan tanpa rasa sakit kaki,” kata Aedy lagi.
“Saya juga sama macam Aedy, keselesaan memang perkara utama yang diberi perhatian. Selain itu, rekaan yang unik juga menjadi pilihan saya dalam memilih kasut untuk digayakan di musim perayaan,” ujar Anna pula.
Berkongsi mengenai warna pilihan mereka, Aedy berkata dia akan memilih warna kasut mengikut acara yang akan dihadirinya selain baju yang dipakainya untuk tujuan tersebut.
“Macam saya, kalau untuk event formal, selalunya saya akan pakai kasut kulit warna-warna basic seperti hitam, putih dan coklat. Memang in!
“Kalau keluar bersantai untuk kawan-kawan pula saya suka pakai color-color yang agak bold, barulah nampak muda!,” kata Aedy.
Sementara itu, Anna pula berkata dia seorang yang menyukai warna pastel namun rona-rona ‘bold’ juga menjadi antara pilihannya dalam bergaya.
“Kalau kita tengok koleksi Bata Red Label kali ini, memang banyak mainan warna.. dan saya sendiri suka sandal berwarna ‘lime green’ dalam koleksi ini, dah jadi kawan baik saya, memang tiap-tiap hari saya akan pakai sandal itu sebab memang selesa dan ringan!
“Anda memang kena cuba, dah try mesti akan rasa takkan tukar sandal lain dah.
“Selain itu, boleh juga cuba color blocking, pilih kasut yang berlainan warna dengan baju raya, automatik akan membuatkan penampilan anda lebih outstanding.
“Ada pelbagai warna seperti hot pink, lime green dan lavender yang mampu wow kan stail harian anda,” kongsi Anna.
Selain warna-warna disebutkan Anna, Bata Red Label turut mempunyai pilihan kasut dalam Pantone Color of the Year, Viva Magenta iaitu rona merah jambu dan ungu yang didatangkan dalam rekaan sandal serta kasut tumit tinggi.
Menariknya lagi, rekaan Bata Red Label menawarkan fesyen kasut platform, loafer, flat dan high heels yang pastinya dapat menambat hati anda sekeluarga.
Direka dengan penuh ciri keselesaan ‘slip and go’, membuatkan anda kini tidak perlu lagi susah payah untuk ‘buckle up’ kasut ketika kunjungi open house,sangat mudah bukan!
Menawarkan harga berpatutan , Koleksi Baharu Bata Red Label – Memang Bergaya, Memang Selesa pasti menjadi pilihan nombor satu anda sekeluarga untuk digayakan pada setiap hari!
Pelakon dan penyanyi, Azira Shafinaz akui teruja dengan kehadiran pelbagai grup-grup wanita baharu yang kini mewarnai industri muzik tempatan.
Menurut Azira yang juga merupakan anggota kumpulan De Fam, kemunculan grup-grup seperti Dolla dan Coex secara tidak langsung akan memberikan persaingan sihat untuk mengangkat industri muzik tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.
“Bagi saya, ia satu perkembangan yang sihat buat industri muzik tanah air. Kami pun tiada rasa nak bersaing dengan sesiapa.
“Setiap kumpulan punyai identiti yang tersendiri. Seperti Dolla, mereka lebih kepada vibe-vibe K-Pop. Buat De Fam pula, kami selalu hasilkan muzik yang kami suka dan ia datang daripada hati.
“Sejak daripada awal lagi, lagu-lagu kami mesti mengangkat martabat wanita. Baru-baru ini, saya lihat kumpulan Coex sertai progam Big Stage. Mereka bagus dan kualiti nyanyian harmoni mereka juga sangat baik,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Azira akui berbesar hati apabila sentiasa menjadi penanda aras buat pendatang baharu.
“Alhamdulillah tapi sewaktu awal kemunculan De Fam dahulu, ramai juga yang mengatakan kami ini sama seperti kumpulan Feminin dan Elite.
“Namun, kalau grup-grup masa kini mahu menjadikan kami sebagai penanda aras, kami amat berbesar hati. De Fam bermula sebagai penari dan kami bekerja keras untuk menjadi penyanyi.
“Jadi, buat grup-grup baharu, mereka perlu cari identiti yang tersendiri. Jangan meniru orang lain. Pada akhirnya nanti, identiti itulah yang akan kekal bersama mereka sampai bila-bila. Itu yang akan buat orang ingat,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai rahsia kumpulan De Fam yang mampu bertahan sehingga hari ini, pelakon filem, Penunggang Agama itu menyifatkan perbalahan merupakan lumrah namun segalanya harus diselesaikan dengan baik.
“Kami berkawan sudah lama dan nama kami naik pun bersama-sama. Kami sentiasa utamakan De Fam. Walaupun masing-masing ada karier solo, kami akan berkumpul semula bila ada urusan berkaitan dengan De Fam.
“Kalau De Fam belum ada projek pun kami akan selalu lepak bersama. Tipulah dalam grup tiada bergaduh tetapi yang membuatkan kami kuat adalah persahabatan itu sendiri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Azira Shafinaz & De Fam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Permulaan di bulan pertama tahun 2026, Astro tidak menunggu lama untuk meneruskan cengkaman dan rentak kecemerlangan sebagai antara peneraju ‘Home Of Originals’ yang menyajikan kandungan-kandungan yang lebih segar buat para penontonnya.