Penyanyi Baby Shima menjawab dakwaan terhadapnya yang dikatakan mempersendakan agama baru-baru susulan komennya terhadap penganjuran konsert di Malaysia baru-baru ini sebagai tuduhan berniat jahat dan berbaur fitnah.
Penyanyi lagu lagu Pura-Pura Bujang ini menjelaskan, dia hanya berkongsi pendapat peribadi mengenai hal tersebut, namun dipertikaikan sesetengah pihak.
“Saya sebut konsert secara umum. Konsert itu sebahagian daripada hiburan.
“KonsertColdplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Di Malaysia ini pelbagai agama dan bangsa yang ada. Kita masyarakat majmuk.
“Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita merdeka. Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing,” katanya.
Shima turut menambah, pendapat yang dilontarkan menerusi media sosialnya itu hanyalah pandangan peribadi.
Ads
“Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan apa yang haram.
“Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada tittle PU (Pencetus Ummah),saya tak boleh suarakan pendapat?
“Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap? Mana yang bab menghina agamanya?
“Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.
Ads
“Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert.
“Tiada keperluan menyerang saya membuta tuli. Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua pendosa,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Shima juga terbuka sekiranya ada pihak yang tidak faham terhadap apa yang disampaikan, boleh hubunginya secara terus.
Ads
“Alangkah baiknya jika pihak pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan.
“Saya juga sudi dan bersedia menerima teguranbukan serangan tanpa usul periksa. Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam , sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya.
Terdahulu persembahan kumpulan antarabangsa itu yang akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur, November depan menerima reaksi pelbagai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Intan Najuwa mengakui banyak cabaran yang perlu dilalui sepanjang mendukung watak sebagai Siratul menerusi drama terbaru lakonannya, Tak Sempurna Mencintaimu yang kini rancak bersiaran menerusi slot Akasia TV3.
Menurut Intan, dia sebolehnya untuk cuba memberikan yang terbaik menerusi watak Siratul yang dibawa, sementelah drama tersebut merupakan naskhah yang diadaptasi daripada novel yang mempunyai ramai pengikutnya.
“Karektornya sedikit berbeza dengan apa yang diceritakan mengenai novel. Siratul digambar sebagai wanita yang lemah-lembut, bagaimanapun apabila ia mahu divisualkan, saya cuba tukarkannya menjadi seorang lebih lebih tegas dan banyak cakap sikit.
“Cabaran banyak sebenarnya, terkadang Siratul rasa gembira, kemudian sedih dan meroyan. Drama ini mempunyai 28 episod, jadi untuk imbangkan watak tersebut, macam-macam yang berlaku. Misalnya ketika dia masih belum dan sesudah berkahwin,” katanya.
Pada masa sama, Intan juga tidak menafikan penggambaran drama berkenaan menjadi lebih mudah kerana timbulnya keserasian di antara dia bersama hero, Redza Rosli.
Jelasnya, mereka berdua kerap berbincang bagi menghidupkan babak bersama.
“Sejujurnya saya sangat suka bekerjasama dengan Redza kerana dia seorang pelakon yang sangat ‘memberi’. Malah setiap babak bersama kami akan berbincang terlebih dulu dan ia memudahkan.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan saya pun boleh ‘get along’ dan chemistry kita berdua sangat kuat di dalam drama ini. Tak dapat dinafikanlah, memang sangat senang bekerja dengannya.
“Mustaqim lakonan Redza memberi energi kepada karektor Siratul dan ia sekali gus membuatkan ia seimbang dengan baik.
“Saya berharap agar drama ini dapat diterima dengan baik, sama-sama naikkan ratingnya nanti. Ini kali pertama saya bergandingan dengan Redza di samping beberapa pelakon senior lainnya,” katanya lagi.
On this day my hand is yours to hold and my heart forever for you to keep #imengaged to him #twg.. Amin
Thank you pada semua yang doa kan untuk ILYA selama Ni … thank u pada semua sahabat ,Rakan rakan artis , Media & Semua peminat ILYA . Thank u so much .. Doa anda semua termakbul …. Amin #syukur,” tulisnya.
Menerusi hashtag yang dikongsikan Illya itu, dia kini sudah menjadi tunang kepada TWG.
Susulan itu, netizen turut gembira melihat gambar yang dikongsikan Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad.
Wah! Diam-diam Illya kini sudah menjadi tunang orang. Apa-apa pun, semoga Illya dan pasangan disatukan di atas pelamin pula.
Dalam perkembangan lain, Illya kini sedang menjalani penggambaran untuk sebuah produk jenama antarabangsa.
Foto : IG Raja Illya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kehidupan pelakon, Zizie Izette nyata dilihat begitu gembira selepas dikurniakan sepasang cahaya mata kembar bernama Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette, Disember lalu.
Namun begitu, tidak sampai setahun kelahiran anak kembar tersebut, Zizi kini dilaporkan kembali hamil.
Kandungan isteri kepada ahli politik, Bung Mokhtar itu kini dikatakan telah menjangkau usia lima bulan.
Menerusi Instagram, baby bump Zizi turut jelas kelihatan dan pastinya, ia menjadi momen paling manis buat pelakon ini.
Selain memiliki anak kembar, pelakon tersebut turut mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3 tahun dan Aaric Zyn Izette yang berumur setahun.
Semoga bayi di dalam kandungan Zizi ini bakal menambahkan kebahagiaan dan memupuk rasa cinta yang lebih dalam buat rumah tangga yang dibina, insyaAllah.
Foto: Instagram Zizi Izatte
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...