Pengacara dan doktor selebriti, Dr Say Shazril ada memberikan penjelasan mengenai perihal isterinya, Dr Azura Abas yang menjalani pembedahan untuk melahirkan cahaya mata keduanya di sebuah hospital swasta, pada Rabu lalu.

Menurut Say, isterinya terpaksa menjalani pembedahan di hospital swasta oleh kerana isterinya pernah mengalami masalah kesihatan organ dalaman sebelum ini.

Jelasnya, sebagai seorang suami dia berasa bimbang sekiranya berlaku sebarang komplikasi terhadap kondisi isteri selain mahu memberikan yang terbaik buat yang tersayang.

“Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta “Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

“Topik : Jeng Jeng Jeng, Bil Hospital Baby Sef Seperti yg dijanjikan, inilah dia bil hospital baby Sef. Masa bersalin Ace dulu untuk 4 hari 3malam bil hospital was RM20k, jadi bila kami kena tahan 6hari 5malam kali ni, sy menjangkakan yg bil akan jadi around RM25k but i was wrong.,

“Lepas tolak discount, bil kali ni was RM15k. Yes ade discount kat SJMC. Ramai dm mintak package price SJMC tapi mintak maaf SJMC takde package2. Yg sy tahu kalau bersalin normal kena letak deposit RM8k & kalau caesar kena letak deposit RM12k. Dulu mahal sebab caesar bini berlangsung pada hari minggu (hari minggu charges-nya berbeza ye di hospital swasta).

“Membazir lah bersalin kat hospital swasta”. Tak dinafikan mahal bil ni tapi ada sebab kenapa kami pilih SJMC. Pertama, ke-complicated-an bini sy yg mana dia pernah underwent major operation masa dia muda2 dulu yg organ2 dalaman dia ada banyak lekatan yg teruk.

IKLAN

“Kedua, SJMC adalah tertiary private hospital yg mana ada banyak kepakaran di situ jadi in case anything happen kepada bini/ baby, boleh setel semuanya terus di situ. Masa caesar baru ni usus kecil bini melekat teruk antara satu sama lain menyebabkan bini lambat membuang angin, jadi terus pakar bedah usus datang advise bini untuk xray & terus beri rawatan yg sepatutnya, setel,” tulisnya.

“Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta “Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

Pada masa sama, Say memberitahu hospital swasta menjadi pilihannya kerana ingin memberikan keselesaan dab terpulang kepada individu masing-masing.

“Patut bersalin hospital kerajaan ke swasta?”. Jawapan sy UP TO YOU. Doktor2 di hospital govt mahupun swasta sama sahaja ke-efficient-an mereka. Yg membezakan hanyalah keselesaan & kecepatan servis ITU SAHAJA.

IKLAN

“Wife kita bersalin bukan tiap2 bulan, jadi apa salahnya kita berikan keselesaan kepada mereka? Sy yg menemani dia pun terasa cukup selesa sepanjang 6hari 5malam tu. Sekali lagi sy ulang, DUIT BOLEH DICARI & NEVER UNDERESTIMATE REZEKI BABY.

“Ada yg pernah bersalin hosp swasta di sini? “Care to share pengalaman korang dari segi billing/ services? Mane tahu boleh membantu pasangan2 yg tgh survey nak bersalin di hospital swasta,” tulisnya lagi.

“Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

IKLAN

“Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

Sebelum ini, isterinya, Dr. Azura telah disahkan kembali hamil selepas tiga bulan mengalami keguguran sekitar Ogos tahun lalu.

Pasangan ini juga turut memiliki seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aezril, setahun dan telah selamat menimang cahaya mata kedua yang diberi nama Sefriel, pada 18 Ogos yang lalu.

“Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

“Lepas Tolak Discount, Bil Kali Ni Was RM15k,” – Tiada Istilah Membazir, Dr Say Jelas Kenapa Isteri Bersalin Di Hospital Swasta

Foto: Instagram Dr Say

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI