“Lepas Ni Tak Boleh Ketuk Kepala Dah…,”- Beby Tora Nak Maki Tunang Sepuas Hati Sebelum Bergelar Suami?

Share

Instafamous, Beby Tora ada memuat naik sekeping gambar bersama tunangnya, Apit Johari awal hari ini.

Gambar swafoto itu disertakan kaspyen berbaur ‘balas dendam’ terhadap Apit sebelum mereka bergelar suami isteri tidak lama lagi.

“Okey nak maki puass2 laaa sbb lpasni takleh maki dh,takleh tinggi suara dh dkat hg,takleh buat prngai lebih2 dh ,takleh ketuk pala hg dh ,smua takleh hahahahaa.. syokk lee tu @apit_johari,” tulis Tora.

Tidak hanya berdiam diri, Apit juga ada memuat naik gambar di Instagramnya lalu membalas kenyataan yang diberikan Tora atau nama sebenarnya Atierah Zulfatie itu.

“Jangn kasaq sngat tau awak …nak jadi isteri orang jangn buat perangai kerap dah no.lepasni aku tK boleh layan pubg dah la sbb mem sebelah ni tak bagi hahaha,” balas Apit.

Menerusi ruangan komen pula, netizen terhibur dengan kedua-dua pasangan Instafamous ini yang saling ‘membalas’ antara satu sama lain dalam keadaan lucu dan manja.

Untuk rekod, Apit dan Tora pernah melangsungkan pertunangan pada December lalu.

Foto : IG Beby Tora, Apit Johari

IKLAN