“Lepas Kahwin Memang Plan Nak Dating Puas-Puas,” – Bakal Raya Bertiga, Shakilla Khoriri Syukur Rezeki Zuriat

Share

Baru menjengah setahun usia perkahwinan, Shakilla Khoriri bersyukur atas ketentuan rezeki yang dikurniakan kepadanya sekeluarga.

Luahnya, walaupun telah merancang untuk ‘bercinta’ dengan suami dalam tempoh awal perakhwinan sebelum muncul permata hati baru, bintang berkenaan syukur atas rezeki zuriatnya.

Tahun lepas baru merasa sambut puasa dan raya jadi isteri orang.

“Eh….tahun ni dah bertiga.

“To be honest, lepas kawin memang kitaorang plan nak dating puas2 setahun than baru plan nak baby.

Tapi kehendak dan rezeki Allah tak siapa boleh jangka.

Rupanya peraturan Allah lebih baik dari aku rancang.SYUKUR.

“Lagi berapa hari nak Ramadan.

Excited.

Tapi aku tahu akan penuh dugaan dan cabaran dengan Ameena.

Aku harap Ameena jadi good girl nanti kalau tak mau aku telan dia.”

Aktres ini turut mengajak netizen sama-sama membersihkan hati dan memaafkan semua orang sempena kedatangan Ramadan tidak lama lagi.

Anyway kita sama2 bersihkan hati,

maafkan semua orang.

Cuci hati sebersihnya.

Lihat kesalahan sendiri,

perbetulkan.

Aku tidak lah nak mengajar cuma kita sama2 lah buat untuk kebaikan diri sendiri,” t

ulisnya.

Semoga kedatangan Ramadan ini memberikan rahmat buat kita semua. Selamat berpuasa untuk Shakilla Khoriri dan keluarga.

Foto : Instagram Shakilla Khoriri

IKLAN