Lengkap Sepasang Anak, Bella Astillah Beritahu Bakal Bersalin Bulan Depan, Peminat Puji Wajah Makin Glowing!

Share

Pasangan selebriti, Bella Astillah dan suaminya Aliff Aziz bakal menimang cahaya mata perempuan dan perkara itu telah pun dikongsikan menerusi media sosial masing-masing pertengahan bulan lalu.

Bakal menghitung hati menantikan ahli keluarga bau, Bella turut memuat naik foto terkininya di Instagram.

“Literally counting down the days to give birth to my little best friend,” tulisnya ringkas pada hantaran terbaru. 

Menjengah ke ruangan komen pula, para peminat turut memuji penampilan bintang berkenaan yang disifatkan semakin berseri dan ‘glowing’.

Bella pada masa sama turut memberitahu usia kandungannya sudah mencecah usia lapan bulan apabila ditanya salah seorang peminat.

Terdahulu, pasangan ini telah pun dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang sudah mencecah usia tiga tahun.

Semoga urusan bersalin Bella dipermudahkan, amin.

Foto: Instagram Bella Astillah

IKLAN