Michael Jackson atau lebih dikenali MJ adalah legenda muzik dunia yang sangat terkenal dan hidupnya penuh dengan kontroversi.

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

Penyanyi lahir pada pada 29 Ogos 1958 ini telah meninggal di saat ingin mempersiapkan konsertnya yang terakhir. MJ meninggal pada tanggal 25 Jun 2009 pada umur genap 50 tahun.

Namun, terbaru media sosial dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki yang memiliki wajah mirip MJ, membuat ramai yang terkejut.

Lelaki itu menjadi viral setelah seorang wanita, Lourdes Zavaleta memuat naik gambar teman lelakinya di Twitter dengan kapsyen

“ Comel betul teman lelakiku hantar gambar selfienya”

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

IKLAN

Perkongsian itu telah mendapat ribuan retweet daripada orang ramai dan rata-rata mengatakan lelaki berkenaan saling tak tumpah dengan pelantun lagu Man in the Mirror itu.

Lelaki viral itu bernama Sergio Cortes. Jika melihat daripada gaya dan bentuk tubuh memang sangat mirip dengan penyanyi pop terkenal itu.

Namun, lelaki itu bukanlah kekasih Zavaleta.Tetapi, wanita itu menemui gambar tersebut di laman sosial dan berkongsi hanya untuk dijadikan bahan gurauan.

Malah, ramai yang terpesona dengan penampilan Cortes. Dengan struktur tulang pada dagu dan hidung, kening yang lebat, dan mempunyai rambut yang kerinting begitu mirip dengan bintang pop hebat itu.

IKLAN

Cortes dikhabarkan merupakan seorang ahli muzik berasal dari Sepanyol yang mengelilingi dunia untuk membuat persembahan meniru gerak geri Michael Jackson.

Berikut ini MH Online kongsikan beberapa gambar Sergio Cortes yang mirip raja pop terkenal itu :

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

IKLAN

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

Lelaki Persis Michael Jackson Jadi Viral

Sumber : Daily Mail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI