Seorang lelaki dalam satu pertandingan membuktikan suaranya lunak dengan menyanyi lagu Kahitna.

Kemunculannya di pentas rancangan realiti hiburan baharu, I Can See Your Voice Indonesia (ICSYV) tidak seperti calon penyanyi lain yang penuh mempesonakan.

Elvan saragih,18, muncul mengenakan kot berwarna hitam diketawakan oleh penonton termasuk juri jemputan ketika itu, Mulan Jameela.

Elvan disingkirkan oleh kerana penampilannya dan lip syncnya yang kelihatan kaku.

Mulan pada mulanya hanya memandang pada penampilan Elvan telah menyingkirkan peserta itu pada peringkat awal tanpa melihat dahulu kebolehan yang ada pada jejaka dari Jakarta, Indonesia itu.

“Kak Mulan, sampai hati Kak Mulan telah menyingkirkan saya, dan saya pasti akan membuktikan yang kak Mulan salah!” kata Elvan sebelum memulakan persembahannya.

Elvan yang masih belajar menggunakan nama pentas Suara Maskulin memukau penonton dan juri dengankelunakan suaranya yang garau persis Afgan dan Cakra Khan.

IKLAN

Sebaik saja membuka mulutnya, seluruh penonton terpesona dan memberikan standing ovation termasuk Mulan sendiri.

“Maafkan saya! Ya Allah, maafkan saya handsome,” kata Mulan berkali-kali.

Video itu telah ditonton lebih 600 Ribu sejak dimuat naik empat hari lalu.

Dilihat daripada komen netizen menganggap suara Elvan luar biasa dan berharap agar ada produser muzik yang mengambil Elvan menjadi penyanyi profesional

IKLAN


Tidak percaya dengan kehebatan suara dan bakat Elvan? Jom saksikan sendiri video itu.

 

IKLAN

Sumber : Youtube( I can See Your Voice indonesia)

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI