Legenda TV dan filem Hollywood, Richard Chamberlain, disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu yang lalu di Hawaii akibat komplikasi selepas diserang strok.
Menurut jurucakapnya, Harlan Boll, Richard menghembuskan nafas terakhir dua hari sebelum ulang tahun kelahirannya yang ke-91.
Bintang yang pernah menggondol tiga Anugerah Golden Globe ini bukan calang-calang pelakon. Selain beraksi di layar kaca dan lebar, Chamberlain juga cemerlang dalam dunia perfileman dan pernah bergelar penyanyi, askar, pelukis dan juga penulis.
Namun, nama beliau benar-benar meledak menerusi watak Dr. Kildare, seorang doktor muda yang bukan sahaja pintar tetapi juga cukup memikat.
Siri yang ditayangkan dari tahun 1961 hingga 1966 itu menjadikan Richard pelakon pujaan ramai sehinggakan pada tahun 1963, beliau nerjaya membawa pulang trofi Anugerah Golden Globe untuk kategori Pelakon TV Lelaki Terbaik.
Ads
“Semuanya seperti mimpi yang jadi kenyataan. Siri itu meledak di seluruh dunia. Saya sangat gembira dengannya,” katanya dalam satu temu bual pada 2021.
Bukan itu sahaja, Chamberlain juga mencipta sejarah apabila digelar sebagai “Raja Siri Mini” pada era 1980-an.
Beliau membintangi Shōgun pada tahun 1980 dan The Thorn Birds pada 1983 , dua siri yang melonjakkan namanya ke tahap lebih tinggi dan turut menyumbangkan kemenangannya menggondol dua lagi anugerah Golden Globe.
Ads
Antara filem besar lain yang pernah menampilkan Chamberlain termasuk The Towering Inferno (1974), Julius Caesar (1970), The Three Musketeers (1973) dan Birds of Prey.
Beliau turut memainkan watak Jason Bourne dalam versi asal The Bourne Identity yang diterbitkan dalam bentuk mini siri TV pada 1988.
Menjelang tahun 2000-an, Chamberlain masih aktif dan sempat muncul dalam beberapa sitkom popular seperti Will and Grace, The Drew Carey Show dan Desperate Housewives.
Ads
Menerusi siri popular Desperate Housewives, Richard memegang watak sebagai bapa tiri kepada watak Lynette Scavo lakonan Felicity Huffman.
Kredit lakonan terakhir beliau di IMDb adalah menerusi filem misteri Finding Julia yang ditayangkan pada 2019.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi kelahiran Singapura, Aisyah Aziz sah bergelar isteri kepada jejaka pilihannya, Dr Mohd Fakhrudin Amir Mohd Ismail, dengan sekali lafaz pada jam 3.15 petang dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Al-Abdul Razak, Singapura, semalam.
Sambil menzahirkan rasa teruja, Aisyah turut bersyukur atas segala perancangan dipermudah oleh Allah SWT.
“Lafaz ijab kabul benar-benar menyentuh hati kami berdua, dan kami bersyukur atas segala barakah yang Allah limpahkan,” katanya.
Aisyah turut berkongsi kegembiraannya apabila majlis yang berlangsung dihadiri ahli keluarga serta sahabat terdekat, menjadikan ia satu kenangan yang cukup indah dan bermakna.
“Majlisnya sederhana dan intim persis seperti yang kami impikan. Setiap detik terasa tulus, tenang dan sangat bermakna,” katanya lagi.
Penyanyi lagu Pujaanku ini menambah, dia dan suami amat menantikan perjalanan baharu mereka sebagai suami isteri, berlandaskan cinta dan iman.
“Kami menantikan perjalanan baru ini untuk membina kehidupan bersama berlandaskan cinta, iman dan proses saling belajar sepanjang jalan,” ujarnya.
Terdahulu, media melaporkan lelaki yang berjaya menambat hati bintang tingg lampai itu ialah abang kepada pendakwah dan selebriti terkenal, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
Sejurus diija kabul, pasangan sama cantik sama padan ini turut mengadakan majlis resepsi pada Jumaat malam di sebuah lokasi eksklusif di Singapura yang hanya melibatkan keluarga dan kenalan rapat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktor terkenal Korea Selatan, Nam Yoon Su tampil memohon maaf kepada peminat selepas satu hantaran berunsur kandungan lucah muncul di akaun Instagram miliknya secara tidak disengajakan.
Insiden yang berlaku pada 13 April lalu mengejutkan ramai peminat apabila mereka menyedari satu iklan dewasa telah dikongsi semula di Instagram Stories pelakon drama The King’s Affection itu. Ia menimbulkan kekeliruan memandangkan Nam Yoon Su sebelum ini dikenali dengan imej bersih dan profesional.
Namun menurut agensinya, garten, perkara itu berlaku secara tidak sengaja apabila telefon pelakon tersebut secara automatik memuat naik hantaran terbabit tanpa pengetahuannya.
“Ketika kejadian, Nam Yoon Su sedang memandu dan telefonnya berada di dalam poket. Kami percaya fungsi repost baharu Instagram telah aktif secara tidak sengaja. Ia bukan kes penggodaman,” jelas pihak agensi dalam kenyataan rasmi.
Tambah mereka lagi, Nam Yoon Su hanya menyedari insiden itu apabila menerima mesej daripada peminat menerusi platform komunikasi rasmi. Beliau kemudian berhenti di tepi jalan untuk menyemak dan mendapati iklan tersebut telah tersebar selama 20 hingga 30 minit sebelum dipadamkan.
“Nam Yoon Su sangat terkejut dan terus memadam hantaran tersebut. Walaupun kejadian itu singkat, kami memohon maaf atas ketidakselesaan yang timbul,” kata wakil agensinya.
Tidak hanya berdiam diri, Nam Yoon Su turut tampil secara peribadi menerusi Instagram Stories untuk menyampaikan permohonan maafnya kepada para peminat.
“Saya benar-benar tidak sedar hantaran itu dimuat naik. Saya mohon maaf kerana telah menimbulkan rasa tidak selesa kepada semua. Saya akan lebih berhati-hati selepas ini,” tulisnya ringkas.
Pelakon berusia 26 tahun itu mula dikenali menerusi siri Extracurricular dan terus menambat hati ramai dengan lakonannya dalam beberapa drama popular. Nam Yoon Su juga sering dipuji kerana menjaga imej bersih tanpa sebarang kontroversi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya membuat ramai peminat tersenyum manis apabila dia berkongsi berita gembira perkembangan hubungan cintanya pada hari raya kedua.
Dalam satu hantaran di Instagram, pelakon cantik ini memuat naik momen istimewa ketika dirinya dilamar oleh sang kekasih hati, Maxime Bouttier.
Menjadikan suasana lebih romantik, lamaran itu berlaku di Jepun, berlatar belakangkan deretan pokok sakura berbunga merah jambu yang sedang mekar.
Dalam gambar yang dimuat naik, Maxime kelihatan melutut sambil menghulurkan cincin. Luna dilihat terkejut, terharu dan akhirnya memeluk erat Maxime.
Pada kapsyen hantaran tersebut, pelakon berusia 42 tahun itu mencoret kata positif sekaligus mengesahkan hubungannya dan Maxime kini masuk ke fasa baharu.
“Dengan hati yang penuh cinta, aku berkata ya untukmu, untuk perjalanan indah yang kita lakarkan bersama ini, untuk selama-lamanya,” tulis Luna di kapsyen.
Menjengah ke Instagram Maxime pula, bintang kacak berusia 32 tahun itu tak ketinggalan berkongsi perasaannya.
“Melangkah menuju ke bab seterusnya,” tulisnya ringkas namun penuh makna.
Imbas kembali, pasangan sama cantik sama padan ini telah menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun.
Walaupun baru sahaja menjalin cinta, Luna dan Maxime terlebih dahulu pertama kali bertemu pada 2011 dan pernah membintangi sinetron yang sama.
Walaupun memiliki perbezaan usia sebanyak 10 tahun, perkara tersebut tidak menjadi halangan dan nampaknya cinta mereka tetap utuh dan makin mekar laksana bunga sakura.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.