“Leganya Dapat Escape Sekejap Selepas Berbulan-Bulan…,” – Mira Filzah Kongsi Foto Honeymoon Di Langkawi, Tak Lokek Kongsi Momen Sweet!

Share

Selepas beberapa hari, Mira Filzah ada berkongsi beberapa gambar ketika berbulan madu di Langkawi.

Menerusi Instagram, Mira memaklumkan dia sudah berada di destinasi percutian itu sejak Isnin lalu.

“Alhamdulillah selamat sampai @fslangkawi Isnin lepas! Senang je nk confirmkan booking and check in guna @kayak_my.

“Leganya dpt escape sekejap selepas berbulan bulan siapkan wedding preparation dan tiga hari majlis! Eee so much love for @fslangkawi, the architecture & interiors and the warm hospitality!

“Really enjoyed my stay here. #latepost,” tulisnya.

Sementara itu menerusi Insta Stories pula, Mira ada berkongsi beberapa foto serta video sepanjang berada di sana.

Terdahulu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, mendirikan rumah tangga dengan Wan Emir Astar, 30, pada 3 September lalu.

Foto: Instagram Mira Filzah

IKLAN