Masih hangat lagi dengan cerita kontroversi individu yang dikatakan sebagai pelakon wanita popular, Fathia Latiff menari sambil menayang aset di media sosial ketika ini.

Namun menurut sebuah sumber pelakon baru Natasha Elyzza yang juga ada dalam rakaman video live yang tular tersebut mengatakan individu yang menayang aset tersebut bukan Fathia tetapi itu adalah rakannya yang mempunyai wajah iras Fathia.

“Wanita itu bukan Fathia, dia kawan saya, wajahnya mirip Fathia. Saya minta maaf dan akan menjadikan perkara ini sebagai pengajaran. Saya berjanji tidak akan mengulagi kesilapan saya,” katanya kepada Astro Gempak.

Rentetan daripada hal ini, seorang gadis bernama Leeyana Amin telah menafikan dirinya adalah rakan yang dikatakan mempunyai iras Fathia Latiff dalam video viral tersebut.

Ada pihak yang mendakwa Leeyana adalah wanita tersebut. Namun dia menafikan dengan mengatakan dirinya baru berusia 23 tahun dan disebabkan umurnya masih muda, tiada pihak yang memanggilnya dengan gelaran ‘kakak’. Seperti ramai yang tahu gadis dalam video tersebut dikenali dengan panggilan ‘Kak Ya’

Leeyana Nafi Gadis Mirip Fathia Menari Tayang Aset

IKLAN

Melihat akaun Instagram milik Leeyana, dia merupakan rakan kepada Natasha dan Fathia. Jadi mungkin disebabkan dirinya berkawan dengan mereka membuatkan sesetengah pihak mendakwa gadis berkenaan adalah Leeyana.

Leeyana Nafi Gadis Mirip Fathia Menari Tayang Aset

Leeyana Nafi Gadis Mirip Fathia Menari Tayang Aset

IKLAN

Semalam di Insta Story Leeyana dia telah berkongsi satu status menyatakan untuk tidak lagi mengaitkan namanya dalam kontroversi video viral tersebut dan dia juga menulis dia tidak bersalah

“Sudah sudah lah dm tanya/carut pasal video tu. Jgn kaitkan nama iolls. #sistakbersalah,” tulis statusnya.

Leeyana Nafi Gadis Mirip Fathia Menari Tayang Aset

IKLAN

Terdapat satu lagi perkongsiannya di Insta Story mengucapkan terima kasih kepada seorang individu yang memberi pahala percuma kepadanya kerana individu tersebut telah memfitnah dirinya.

Leeyana Nafi Gadis Mirip Fathia Menari Tayang Aset

Siapa gerangan wanita yang menari sambil menayang aset tersebut masih lagi menjadi tanda tanya.

Sumber: Astro Gempak & Instagram Leeyana Amin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI