Meminta ramai agar mendoakan yang terbaik dalam mahligai cinta yang dibina bersama suami, Rosland Othman, pelakon Miera Leyana mengambil pendirian untuk membiarkan sahaja spekulasi netizen mengenai status sebenar dirinya yang didakwa sebagai isteri kedua kepada ahli perniagaan.
Bintang filem Pecah itu juga pada masa sama turut menafikan beberapa isu terpalit, melibatkan spekulasi yang tidak betul melibatkan status perkahwinannya itu.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Apa yang boleh saya cakap, kami pun sudah selama bernikah dan kami minta ramai agar mendoakan yang baik-baik.
“Kalau nak dikatakan stres, memang tertekan juga sebab tidak sampai 24 jam saya berkahwin, ada yang sudah buat spekulasi yang macam-macam. Malah apa yang diperkatakan itu tidaklah semuanya betul.
“Bayangkan baru sahaja berkahwin dan bila baca di sosial media, ada yang membuat telahan pelbagai. Sudah tentu saya terasa,” jelasnya kepada MH.
Miera juga tidak pasti mengapa hal tersebut diperkatakan netizen.
Ads
“Lazimnya bila orang yang baru sahaja berkahwin, dapat cerita yang indah-indah, tiba-tiba bila giliran saya yang kena kecam, terfikir apa yang aku dah buat salah kali ni? Apa yang berlaku itu membuatkan saya rasa agak terkejutlah.
“Ada juga yang cakap saya dan Rosland berkahwin atas dasar keluarga dan perniagaan… Ia sangat-sangat tidak betul sebab itu sudah macam cerita dalam drama. Misalnya saya berkahwin ni sebab bapa yang suruh.
“Ada juga yang kata Rosland anak tujuh, anak sepuluhlah, ini semua tidak betul. Ramai yang buat spekulasi dan saya tidak mahu panjang-panjangkan cerita. Sebab itulah saya pilih untuk tidak mengiya atau menidakkan.
“Kami saya juga seperti pasangan lain yang berkahwin, cuma saya tidak tahu mengapa perkara tersebut mulai ditimbulkan. Mungkin kerana perbezaan umur di antara kami yang mungkin mencetuskan persoalan.
“Sebagai selebriti, normal jika orang akan sentiasa menilai tidak kira apa pun perkara. Saya sudah bersedia untuk berdepan dengan situasi seperti ini, cuma terkejut soal perkahwinan saya diperkatakan sampai sedemikian rupa,” jelas Miera jujur.
Ads
Sementara itu, pemilik nama lengkap Miera Leyana Datuk Seri Kasmi ini juga turut rasa hairan dengan tanggapan sesetengah pihak terhadap poligami, sedangkan ia bukanlah perkara yang salah.
“Saya tidak faham, bila bercakap mengenai poligami, ada yang rasanya ia ‘tidak okay’. Saya tak kisah sekiranya ada pihak nak mengatakan saya isteri kedua atau ketiga.
“Contohnya kalau pun betul, saya tidak rasa telah lakukan sesuatu yang salah. Kami tetap anjurkan majlis perkahwinan dan menjemput ahli keluarga dan rakan media untuk meraikan. Tidak ada benda untuk disembunyikan pun.
Ads
“Bagi saya, saya tidak tidak faham mengapa isu tersebut disifatkan sebagai sangat besar. Kalau nak dikata isteri pertama baik, yang kedua jahat atau sebaliknya, perkara itu mungkin dalam drama TV.
“Tak ada apa pun yang nak disorokkan. Kalau saya salah, lebih baik saya nikah di Thailand senyap-senyap dan buat apa keluarga saya berhabis duit adakan majlis kahwin,” katanya lagi.
Miera dan Rosland berkenalan sejak empat tahun lalu dan telah selamat bernikah pada 26 Julai lalu di St. Regis, Kuala Lumpur.
Sementara itu, majlis resepsi mempelai diraikan secara meriah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Sabtu.
Malam yang penuh bermakna itu juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada Liza Hanim, Lan & The Typewritter, Hazama, Lah Ahmad dan Noryn Aziz.
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad mengakui dirinya tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang hos mahupun sebagai pelakon, sebelum ini.
Kongsi Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia dahulu mengambil jurusan undang-undang di Universiti Malaya beberapa tahun lalu.
Namun, bintang berusia 28 tahun ini yakin percaturan yang ditentukan oleh Allah S.W.T ada hikmah disebaliknya.
“Saya adalah seorang anak kampung yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Tak pernah terfikir akan bekerja di hadapan kamera, satu frame dengan orang2 hebat dalam bidang pengacaraan & lakonan.
“Tapi saya yakin percaturan Allah itu indah. Mesti ada hikmah kenapa saya dibawa ke dalam bidang ni walaupun saya belajar jurusan lain masa dekat universiti dulu,” jelasnya.
Pelakon drama bersiri, Sara Sajeeda ini menitipkan nasihat buat remaja mengenai fasa pekerjaan yang akan ditempuhi.
“Buat adik2 yang baru dapat result UPU, mungkin ada yang suka & mungkin jugak ada yang tak suka dengan course yang adik2 dapat.
“Tapi jangan risau! Tak ada ilmu yang sia2. Dan tak salah pun untuk tak kerja dalam bidang yang kita belajar dulu.
“Yang penting, kita dapat berdikari sendiri, berbakti kepada orang tua & jadi orang yang berguna kepada masyarakat Ok? #UyainaArshad,” tulisnya lagi.
Dalam perkembangan lain, Uyaina bersama Fikry Ibrahim mengendalikan program realiti, Ratu Hijabista yang bersiaran setiap Rabu, jam 9.00 malam di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Foto: Instagram Uyaina Arshad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas pelakon, Azuan Mazlan ada meluahkan pendapatnya mengenai senario waktu drama tempatan yang disiarkan di kaca televisyen.
Malah, Azuan turut membuat perbandingan ‘views’ di antara drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dan Kuliah Maghrib Riyadus Sholihin, sebagaimana yang dimuat naik di Instagram miliknya.
Menurutnya, kebanyakannya kini lebih banyak meluangkan masa menonton drama hiburan berbanding program berbentuk ilmu keagamaan.
“Ummat Menderita… Hiburan lebih diminati berbanding ilmu akhirat.. kebiasaannya lelaki mukmin akan ikhtikaf di masjid waktu maghrib hingga isya’.
“Sebab apa? Sebab ganjaran yang besar oleh Allah swt sediakan, iaitu barang siapa yang tidak melakukan apa2 perbuatan di antara maghrib & isya’ melainkan dia membaca Al-Quran, solat sunat atau mendengar ilmu agama maka ganjaran untuknya adalah Allah swt akan membinakan 2 istana di akhirat yang setiap satu jaraknya selama setahun perjalanan.
“Hari ini kalau anda perasan perempuan Islam Kita kehanyakkannya mendedah aurat, berpakaian seksi menjolok mata & trend terkini ramai perempuan Islam sekarang bertattoo adalah berpunca daripada seorang lelaki, ayah, suami, abang lelaki atau adik lelaki yang tidak mempunyai kefahaman agama & suka berhibur maka kesannya? rosaklah para wanita2 mereka.
Dalam pada itu, Azuan berpendapat drama yang disiarkan pada waktu yang berkenaan mampu beri kesan negatif.
“Contohnya, jika 100ribu view yang menonton drama jam 7 malam ini semuanya Wanita, korang rasa mereka boleh jaga solat awal waktu? Kalau dapat jaga pun solat mereka lintang pukang cepat2 seperti ayam mematuk makanan kerana waktu iklan hanya 2 hingga 4 minit sahaja.
“Confirm dalam solat akan bermain2 adegan drama ketika berdiri atau sujud maka terlupalah akan kiraan rakaat.
“Untuk Artis yang berlakon pula bagi drama tu, korang rasa berapa banyak dosa mereka? kerana lakonan mereka membuatkan orang lambat solat, tidak khusyuk dalam solat & ada juga disebabkan drama ini juga orang meninggalkan solat? Lagi ramai yang menonton drama ini maka lagi banyaklah tanggungan dosa mereka.
“Kata Ulama’, berlakunya kerosakkan ummat adalah berpunca daripada seorang lelaki yang tidak jaga solat berjemaah di masjid, tidak menjaga amal, tidak menundukkan pandangan, kurang ilmu agama & ianya dapat dilihat sendiri melalui wanita2 mereka. Seorang Wanita yang jahil lebih teruk daripada seribu lelaki yang paling jahat, manakala seorang wanita yang beriman lebih baik daripada seribu lelaki yang terbaik imannya.
“Apa2 pun jangan cepat melenting kerana kita bermuzakarah.. patut bersyukur kerana selagi ada orang yg ada fikir risau sebegini maka Allah swt akan tangguhkan bala & azab yang sedang Allah swt ingin turunkan sebab dosa2 kita sendiri.,” tulisnya panjang lebar.
Penyanyi Ameer Sofazr berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya bakal anak sulung mereka, tidak lama lagi.
Menzahirkan rasa syukur, Ameer atau nama sebenarnya, Amir Mahiyiddin, 37, turut menyifatkan khabar tersebut sebagai satu perkhabaran bermakna apatah lagi keduanya menanti kehadiran permata hati kira-kira lima tahun.
“Alhamdulillah syukur. Rezki, nikmat & hikmah yg diberikan olehNYA sgt besar & bermakna.
“Penantian selama 5 tahun akhirnya dikurniakan rezki yg sgt bermakna. Tq pd smua family, sahabat @sofazrband & @ameer_rangers yg mendoakan untuk kami selama ni,” tulisnya.
Ameer turut mendoakan semuanya dipermudah, selain mengharapkan agar anak yang bakal nanti membesar sebagai anak yang baik.
“Smoga anak yg bakal lahir membesar dgn sht & jd anak yg soleh & solehah. Dan smoga isteriku @aurora_aulia93 dipermudahkan & dipelihara sepanjang 9 bulan 10 hari. In shaa Allah,” titipnya.
Terdahulu, Ameer mendirikan rumah tangga dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada January 2015.
Foto: Instagram Ameer Sofazr
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...