“Layan Aku Macam QUEEN, Aku Berpuluh Kali Ganda Boleh Layan Dia Macam KING,” – Cik Epal Bayar Cash Ford Mustang, Hadiah Hari Jadi Suami!

Share

Instafamous yang juga ushawan yang dikenali sebagai Cik Epal baru-baru ini ada memberikan kejutan buat suami tercinta bersempena dengan ulang tahun kelahiran lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jofliam yang ke-30.

Disunting kepada beberapa bahagian, video kejutan dan sekitar majlis keraian bersempena sambutan hari jadi itu telah dikongsikan wanita berusia 28 tahun ini menerusi Instagram.

Cik Epal ada memaklumkan, awalnya dia memberi kejutan buat suami dengan berlatar belakangkan lagu latar yang menjadi saksi cinta mereka sejak sekian lama. Malah, dia sempat berseloroh membayangkan hadiah yang bakal diberikan bukanlah seluar dalam berharga RM4,000!

Suaminya juga diminta untuk mengenakan penutup mata sebelum menerima hadiah kejutan darinya.

Rupa-rupanya kejutan yang diberikan memang di luar jangkaan si suami, iaitu sebuah kereta Ford Mustang rona kuning!

“Selama aku berkahwin dan hidup serumah dengan @jofliam ni,apa yang aku nampak dia tak pernah berkira dengan aku. Dari zaman aku study sampai dah kahwin ni,aku memang jenis suka beli apa-apa guna duit sendiri.Tak suka nak mintak orang belikan apa2 kehendak aku. Tapi kadang-kadang dia yang tetiba nak belanja aku baju lah, kasut lah, perfume lah,handbag lah tanpa aku minta.

“Orang kalau nak bagi, kita kena ambil. Rezeki jangan ditolak nokkk. Ehehe. Aku ni pulak jenis kalau orang tak berkira dengan aku, aku boleh berganda tak kan berkira dengan dia.

“Kalau dia layan aku macam QUEEN, aku berpuluh kali ganda boleh layan dia macam KING.

“Aku tahu kemampuan dia. Aku tahu dia boleh beli sangat kereta Ford Mustang 5.0 GT ni. Cuma aku rasa kalau aku bagi hadiah kereta Ford Mustang 5.0 GT ni dekat dia dengan hasil duit usaha aku sendiri, maybe dia akan lebih hargai,” tulisnya.

Pada masa sama, dia sanggup menambah kos sekitar RM10,000 bagi menaiktaraf bunyi enjin kereta ikonik berkenaan. Perkongsian tersebut turut dimuat naiknya di IG.

Lalu, rata-ratanya memuji pengorbanan Cik Epal kepada suami. Kata mereka, tiada salahnya untuk saling menghargai jika berkemampuan.

Foto: Instagram Cik Epal

IKLAN