“Lawak, Keras Perut Ketawa,”- DS Najib Jumpa Ajak & Shahrol Shiro, Tak Salah Juara MLM Bertemu PM Ke-6!

Share

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sering mendapat perhatian ramai sejak akhir-akhir ini.

Mana tidaknya, selepas trending dengan ayat ‘Malu Apa Bossku’, Najib kini menjadi bualan ramai apabila membuat kemunculan di sebuah pasar raya.

Terbaru, Najib ada memuat naik foto bersama juara Maharaja Lawak Mega 2018 iaitu Ajak dan Shahrol (kumpulan Shiro).

“Tak salahkan Juara Raja Lawak ke-6 jumpa PM ke-6?

“Eh mereka dua ni baru betul-betul pelawak, keras perut ketawa, tapi menteri PH pun boleh tahan juga bila mereka ‘melawak’,” tulis Najib.

Menerusi gambar tersebut, Ajak dan Shahrol mengenakan baju T-shirt berwarna putih beserta logo ‘Malu Apa Bossku’.

Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap posting berkenaan.

Foto: IG DS Najib, Ajak

IKLAN