Pelakon, Syazwan Zulkifly meluahkan rasa kecewanya terhadap segelintir artis baru yang disifatkan tidak boleh menyanyi sebaik versi studio.

Katanya, kebanyakan artis baru ketika ini menyanyikan lagu mereka dengan begitu teruk ketika mebuat persembahan secara lansung.

Rasa kecewa itu telah disuarakan oleh Syazwan menerusi sebuah entri di laman Facebook miliknya.


“Bukan semua, tapi ada segelintir penyanyi sekarang pelik aku. Dekat radio lagu punyalah best. Bila live, mak aiiii. Kalau lari sikit-sikit dari yang biasa dengar kat radio boleh dimaafkan lagi, ini jauh nawww teruknya.

IKLAN

“Aku bukanlah tau sangat pasal muzik, tapi setakat nak dengar suara tu sedap ke tak masih oklah deria aku ni. Aku ni peminat mcm orang lain jugak. Jadi bila aku dah suka dan dah jadi fans lagu tu and tau korang nak perform live, mestilah aku nak dengar and tengok.

“Tapi sedih, Lauttt antartik perginya. Aiyooo, pergi kelas vocal ye adik-adik penyanyi baru and kepada sesiapa yang teringin nak jadi penyanyi tu. Bidang ini perlukan kualiti bukan kuantiti,” tulisnya.

Manakala di laman Twitter pula, tanpa berselindung Syazwan mengkritik nyanyian Sufian Suhaimi ketika menyanyikan lagu Di Matamu di separuh akhir Muzik-muzik ke-33.

IKLAN

“Kenapa mamat ni nyanyi lagu Zamani kat semi final tak sedap yeh? Eh jap lagu ni lagu siapa? Aiyooo, kalau dah sesiapa pun boleh jadi penyanyi macam ni la gamaknya.

IKLAN

“Ada duit, beli lagu best dari good composer, masuk studio record and ‘yes, aku dah jadi penyanyi’. WTF,” katanya lagi.

Bagi MH, citarasa seseorang itu mungkin berbeza. Namun, tidak salah untuk kita mengkritik, tetapi hendaklah menggunakan saluran yang betul supaya tidak mengguris hati mana-mana pihak.

Foto: Instagram Syazwan Zulkifly

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI