Bulan lalu aktres popular dari negara jiran, Indonesia, Laudya Cynthia Bella telah selamat bernikah dengan bekas suami kepada pelakon wanita popular Erra Fazira, Engku Emran.

Terbaru ada desas desus yang mengatakan Bella kini sudah hamil. Benarkah Bella sedang hamil?

Menerusi satu portal hiburan dari Indonesia, Bella menyatakan yang dirinya tidak hamil.

“Belum sih. Itu berarti doa, aku nggak mau bilang iya, nggak mau bilang nggak,” ujarnya.

Mungkin ada segelintir peminat Bella yang tidak sabar untuk melihat Bella menimang cahaya mata.

Kami di MH Online mendoakan agar Bella cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Apapun rezeki itu datang daripada yang Maha Esa jadi kita sebagai hambaNya hanya mampu untuk mendoakan yang terbaik sahaja.

Bella mempunyai seorang anak tiri perempuan yang merupakan anak kepada suaminya dengan isteri yang terdahulu, Engku Aleesya.

IKLAN

Hubungan antara Bella dan Aleesya terlihat begitu mesra dan mereka kelihatan benar-benar seperti ibu dan anak.

Mari kita lihat foto mesra Bella dan Aleesya.

Laudya Cynthia Bella Hamil?

IKLAN

Laudya Cynthia Bella Hamil?

Laudya Cynthia Bella Hamil?

Laudya Cynthia Bella Hamil?

IKLAN

Terdahulu, Erra yang merupakan ibu kepada Aleesya turut bahagia buat Aleesya kerana mendapat seorang ibu tiri yang baik.

Perasaan bahagianya itu dikongsi sendiri oleh Erra menerusi akaun Instagramnya.

Semoga keluarga mereka ini sentiasa dilimpahi rahmat dan bahagia sampai ke syurga.

Sumber: Detik Hot

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI