Laporan Polis Akan Dibuat Hari Ini, Akaun Instagram Suria Malaysia Digodam

Share

Stesen radio Suria FM memaklumkan akaun media sosial Instagram rasmi mereka, @suriamalaysia tidak dapat diakses, dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab.

Perkara tersebut disedari oleh pihak Suria FM pada petang semalam setelah tidak dapat mengakses akaun Instagram tersebut dan carian nama Suria Malaysia tidak dapat ditemui.

Suria FM sedang berusaha untuk mendapatkan kembali akaun tersebut dan menasihati pengikut-pengikut akaun Suria Malaysia untuk tidak melayan sebarang DM dan mesej palsu yang menggunakan nama Suria Malaysia atau nama asing.

Sebarang maklumat terkini hanya akan dimaklumkan melalui akaun media sosial Facebook dan Twitter Suria FM sahaja buat sementara waktu.

Dalam perkembangan lain, pihak Suria akan membuat laporan polis hari ini untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk dan lebih ramai akaun yang diikuti Suria Malaysia digodam.

IKLAN