Konsert minggu suku akhir Kilauan Emas 2025 (KE2025) menyaksikan semua peserta boleh menarik nafas lega apabila pihak produksi memutuskan untuk tidak melakukan penyingkiran.
Kesemua lapan peserta bakal kembali berentap di minggu separuh akhir untuk merebut tempat ke konsert akhir.
Bagaimanapun, juri tetap KE2025, Roy Azman mengingatkan semua peserta supaya memberikan fokus 100 peratus terhadap penguasaan lagu.
Menurut Roy, jika aspek ini tidak dititikberatkan, tumpuan peserta mudah terganggu dan secara tidak langsung menjejaskan persembahan.
“Pada malam ini, persembahan para peserta nampak lebih enjoy. Ada persembahan yang menjadi dan ada juga peserta yang tak fokus pada lagu. Kerana itu saya selalu tekankan kepada para peserta untuk hafal lagu sampai bosan.
“Barulah kita boleh enjoy ketika buat persembahan dan tak perlu fikirkan perkara lain. Kita sudah masuk minggu suku akhir, mereka kena betul-betul all out bila sudah sampai ke tahap ini.
“Kita tinggal dua minggu sahaja lagi. Namun, dari segi persembahan setiap minggu, kesemua mereka ada peningkatan,” katanya kepada MH selepas berakhir konsert KE2025 di Royal Theatre, Shah Alam pada Sabtu.
Roy juga mahu peserta berani mencuba pelbagai genre supaya bakat sebenar lebih terserlah.
“Saya tak tahu lagu yang mereka akan dapatkan nanti namun, saya mengharapkan mereka persembahankan genre yang berbeza. Dari situ kita akan nampak kemampuan masing-masing.
Ads
“Kalau mereka masih membawakan genre yang sama, kita tidak akan nampak apa-apa perubahan.
“Bila ada genre yang berbeza atau yang tak pernah mereka cuba sebelum ini, kita akan nampak kemampuan sebenar. Itu yang kami nak lihat,” ujarnya lagi.
Mazleen Kekal Konsisten
Peserta Mazleen tampil cemerlang apabila berjaya menduduki tempat pertama dengan markah tertinggi di minggu suku akhir.
“Alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana berjaya menduduki tempat pertama. Ini kali ketiga saya berjaya mendapat markah tertinggi. Saya gembira dan pada masa sama rasa sedikit tertekan.
“Niat saya masuk ke program ini adalah supaya orang-orang profesional dapat menilai bakat saya sama ada saya ini benar-benar berbakat dan sesuai masuk ke dalam industri.
“Alhamdulillah, nampaknya bakat saya kini sudah mula diterima,” katanya.
Namun, Mazleen menegaskan dia tidak mahu terlalu selesa dengan kedudukan tersebut kerana peserta lain kini semakin meningkat.
Ads
“Pada minggu pertama, saya rasa agak tertekan. Namun, saya sentiasa ingatkan kepada diri sendiri bahawa markah tertinggi hanyalah pencapaian mingguan dan bukan untuk dibawa ke minggu-minggu berikutnya.
“Sekiranya persembahan kita tak berapa baik, ia akan menjejaskan pemarkahan. Jadi, saya tak mahu meletakkan sebarang tekanan walaupun saya di kedudukan yang pertama.
“Saya masih perlu bekerja keras dan tidak boleh terlalu selesa,” katanya lagi yang meraih markah sebanyak 78.84%, membawakan lagu Segalanya Pasti nyanyian asal Aida Agil.
Sementara Kinar pula terus mencipta rekod tersendiri apabila dinobatkan sebagai pemenang Emas Berkilau Of The Week buat kali keenam berturut-turut.
Berikut senarai penuh markah peserta minggu kelima KE2025;
Malam tadi, konsert KE2025 turut dimeriahkan dengan persembahan artis undangan iaitu Fazli Zainal, Mel Wings, Ady Wow dan Hasnol.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105) serta strim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan ditentukan menerusi 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu Joey Daud di segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada Erra Fazira, Roy Azman serta Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight.
KE2025 turut boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pesyen terkenal dan pengasas bersama jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin selamat menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan Rizman menerusi hantaran terkininya di laman Instagram, sekali dengan wajah serta nama puteri keduanya.
“Bismillahirahmanirahhim dengan Nama Allah yang maha permurah lagi maha penyayang pemilik sekian alam.
“Alhamdulillah, 11 Ramadan, telah lahir puteri kedua kami yang dinanti, PRINCESS RAINAA,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Melalui entri yang sama juga, Rizman turut memaklumkan makna nama anak kedua hasil pilihannya dan isteri, Rainaa yang turut membawa maksud yang indah dan baik.
Meluahkan rasa syukur, Rizman turut mendoakan agar perjalanan anak keduanya itu dipermudahkan, menjadi anak solehah dan baik budi pekertinya.
“Semoga Rainaa menjadi anak yang solehah, yang menjaga akhlak, yang menurut perintah ibu bapa, yang menjadi kebanggaan agama, dan InshaAllah.. yang akan menghuni syurga Allah yang abadi. Amin amin ya rabbalalamin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat turut sama tumpang gembira dan memuji wajah comel Rainaa yang saling tak tumpah seperti kakaknya.
Imbas kembali, Rizman dan isteri, Nurida Suraya mendirikan rumah tangga pada 13 September 2019.
Pasangan ini turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan, Rizqaa.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi kisah suka duka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV.
Di samping bercerita mengenai latar belakang dirinya bersama penonton, Elly turut mengenang perjalanan karier seninya sepanjang lebih dua dekad.
Penyanyi ini memberitahu dia mulai terlibat dalam nyanyian seawal berusia 17 tahun.
“Saya mula ada album pertama ketika saya di tingkatan lima, kalau dikira balik, saya dalam industri lebih 20 tahun.
“Tapi sebelum ada album pertama, saya memang dah mula menyanyi di sekitar kawasan perumahan dekat Sitiawan, Perak dulu,” kongsi Elly yang menyifatkan single Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan banyak membantu menaikkan namanya dalam industri.
Mengulas mengenai kehidupannya kini, Elly akui bertuah kerana dikurniakan suami terbaik di matanya kini.
“Arwah Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu.
“Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya.
“Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya.
“Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini.
“Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Untuk rekod, Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.
Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini sudah mencecah usia enam tahun.
Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama Mohamad Azlan Che Noh yang sinonim disapa sebagai Cikgu Azlan pada 18 Januari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Haider Mateen, 4 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kerinduan peminat negara ini kepada penyanyi popular Indonesia, Afgan terubat apabila bintang berkenaan tampil mengadakan konsert istimewanya, Afgan Evolution Live In Kuala Lumpur 2022 di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Terdahulu, Afgan turut melakukan sesi sidang media dan bertemu dengan peminat sebelum membuat persembahan.
Ramai yang teruja dan memberikan sokongan, termasuk pelakon Intan Najuwa yang turut berkesempatan merakam memori bersama penyanyi berkenaan.
Sambil menulis kapsyen ringkas, Intan memuat naik video pendek sesi gambar kenangan bersama Afgan yang mencuri perhatian peminat.
Sir David Beckham menerima knighthood daripada Raja Charles III di Istana Windsor sebagai pengiktirafan atas sumbangannya dalam sukan dan kerja amal. Baca detik bersejarah David Beckham knighthood ini.