Satu komen yang ditinggalkan oleh adik kepada selebriti popular, Bella Astillah iaitu Didi Astillah, terhadap satu hantaran video seorang pengguna TikTok mencuri perhatian warganet, baru-baru ini.
Video tersebut memaparkan seorang wanita yang terkejut dengan perkahwinan Fattah Amin dan Amira Othman.
Malah, individu berkenaan sebelum ini difahamkan pernah berseloroh bahawa jika Bella berkahwin dengan Syed Saddiq, dia sanggup mendaki Gunung Kinabalu.
“Terkejut dengar Fattah dan Amira kahwin. Aku dah start gelisah. Bukan apa, awal-awal dulu aku buat statment.
Ads
Kalau BASS (Bella Astillah & Syed Saddiq) kahwin, aku daki Gunung Kinabalu,” kongsinya.
Perkongsian tersebut menjadi tular sehingga meraih lebih 900,000 tontonan dalam tempoh singkat.
Reaksi itu pantas mencuri perhatian apabila menerima hampir 15,000 tanda suka, malah ada pengguna lain yang turut memberi pelbagai komen balas.
Meskipun status hubungan antara Bella dan Syed Saddiq tidak pernah diumumkan secara rasmi, namun rata-rata peminat tetap mendoakan yang terbaik memandangkan semakin banyak momen ‘manis’ mereka dipaparkan di media sosial kebelakangan ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti versatil, Elly Mazlein menafikan dakwaan bahawa keputusan penarikannya daripada menyertai sebarang program anugerah televisyen baru-baru ini kerana tersinggung dengan komen-komen netizen.
Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, keputusan tersebut sudah lama difikirkannya sejak tahun lalu, namun dia perlu menghormati pihak tertentu yang ketika itu meminta agar dia tidak berbuat demikian.
“Sebenarnya, kalau diikutkan, sejak tahun lepas lagi saya sudah mahu buat keputusan ini. Saya pernah menyuarakan tapi ada pihak yang minta untuk saya tidak berbuat sedemikian.
“Pada tahun ini, saya nekad untuk mengundurkan diri daripada sebarang pertandingan anugerah. Saya lebih memilih untuk menjadi pemenang di hati peminat.
“Saya harap semua pihak dapat menghormati keputusan saya ini,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Janji Diana itu ditemui selepas berakhir konsert separuh akhir Kilauan Emas 2025 yang berlangsung di Royal Theatre, Shah Alam pada Ahad.
Katanya lagi, dia mahu memberikan ruang kepada artis lain untuk turut merasai pengalaman memenangi anugerah.
“Saya sangat bersyukur kerana sudah merasa nikmat menang. Nikmat apa lagi yang nak saya dustakan. Allah beri saya rezeki dalam bermacam-macam bentuk.
“Mungkin ada orang yang memerlukan anugerah dan mungkin juga ada orang yang sudah faham maksud kepuasan yang pernah saya kecapi ini.
“Walaupun baru menang satu anugerah sahaja tapi ia sudah cukup memberikan kepuasan kepada saya.
Mungkin ada daripada kalangan artis-artis baharu yang menerlukan anugerah ini untuk pencapaian diri sendiri,” ujarnya.
Mengulas mengenai dakwaan dia tersinggung dengan komen netizen, Elly menegaskan perkara itu langsung tidak memberi kesan kepadanya.
“Saya kini sudah pun meningkat usia. Bukan muda lagi. Macam terlalu kebudak-budakkan pula untuk saya berkecil hati dengan kata-kata daripada individu tersebut.
“Takkanlah disebabkan komen ‘Berkempen ke?’ saya nak koyak. Macam sedih sangat pula hidup saya ini. Saya memang tidak berkecil hati.
“Bagus juga bila perkara ini berlaku. Walaupun saya sudah buat pengumuman di radio Era, setidaknya netizen akan lebih tahu mengenai keputusan saya ini,” jelasnya.
Dalam pada itu, Elly berharap agar semua pihak terutama peminat dapat menerima keputusannya dengan hati terbuka.
“Memang ramai pihak yang tak setuju dengan keputusan saya mengundurkan diri ini. Saya mohon maaf. Saya memang sayang ‘majmuk’. Saya akan sentiasa berada di waktu susah dan senang mereka.
“Namun, kali ini saya harap anda semua terima keputusan saya ini. Jangan risau, saya masih lagi ada di dalam industri ini. Saya masih lagi menjadi pengacara untuk rancangan TV.
“Anda masih lagi boleh melihat saya selagi diberikan kepercayaan. Cumanya saya tidak akan masuk bertanding di acara anugerah televisyen. Itu sahaja,” katanya.
Baru-baru ini, Elly mengejutkan ramai apabila mengumumkan pengunduran dirinya daripada menyertai sebarang program anugerah televisyen.
Keputusan itu dibuat menerusi hantaran di Instagram sebagai respon kepada komen seorang individu yang mendakwa lawatannya ke perkampungan Orang Asli di Pos Tohoi, Gua Musang, Kelantan bertujuan untuk berkempen sempena satu acara anugerah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Nora Danish tampil menjelaskan khabar angin serta sebuah video tular yang mendakwa dirinya bakal melangsungkan majlis pernikahan pada Isnin (hari ini).
Menurut Nora, berita tersebut tidak benar dan dia tidak akan berkahwin dalam masa terdekat.
Malah, video yang memaparkan kad jemputan perkahwinan hanyalah sebuah konten pemasaran untuk sebuah jenama tempatan dan dirinya langsung tidak terlibat.
“Ramai yang tertanya-tanya tentang gambar terbaharu dan berita viral, baru-baru ini. Dengan rasa hormat dan cinta, saya ingin menjelaskan yang saya tidak akan berkahwin pada esok (hari ini).
“Gambar dan video yang viral itu sebenarnya adalah sebahagian daripada kempen pemasaran untuk sebuah jenama dan ia langsung tiada kena mengena dengan saya,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh ibu kepada dua cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Nora turut berterima kasih kepada semua pihak terutamanya para peminat yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya.
“Saya hargai segala rasa cinta, doa dan rasa ambil berat daripada anda semua. Saya harap kenyataan ini menjelaskan segala kekeliruan.
“Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan berbuat baik kepada saya. Saya sayang anda semua,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, nama Nora kembali menjadi perhatian selepas timbul spekulasi bahawa dia sudah menemui cinta baharu dan bakal mendirikan rumah tangga.
Spekulasi itu bermula selepas Nora memuat naik foto memperlihatkan seorang lelaki mengenakan kopiah putih di Instagram.
Tidak lama selepas itu, ramai membuat telahan Nora sedang bercinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo, seorang perunding kewangan.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 namun bercerai pada 19 Jun tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamed Neqayl.
Sebelum itu, Nora juga pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 2006 dan bercerai pada Julai 2008.
Menerusi perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Putra Rayqal.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Kilauan Emas 2025 (KE2025), Ning Baizura, menyifatkan penyingkiran Shah pada konsert minggu kelima bukanlah satu kejutan memandangkan persembahannya kurang menyerlah berbanding peserta lain.
Bagaimanapun, selepas lima minggu menilai persembahan Shah, Ning percaya peserta asal Petaling Jaya ini sebenarnya mempunyai potensi lebih besar, misalnya dalam bidang komedi.
“Pada minggu ini, kami sudah menjangkakan Shah akan tersingkir kerana konsistensinya agak kurang berbanding peserta lain.
“Terus terang saya katakan, Shah punyai bakat sebagai seorang penghibur tapi ada peserta lain yang lebih bagus.
“Saya berharap dan doakan Shah akan tetap mencuba nasibnya di dalam dunia hiburan ini. Saya rasa dia boleh menjadi pelawak dan sertai program komedi jika diberi peluang.
“Malam tadi, saya ada maklumkan kepada Shah yang dia ada kelebihan menyanyi sambil melawak. Tak semestinya perjalanan kita terhenti di sini sahaja. Cari lagi peluang lain.
“Terima kasih kerana sentiasa membuat saya gembira melihat Shah menyanyi,” katanya kepada MH.
Pada konsert tersebut, Shah atau nama sebenarnya Muhammad Shah Abdul Rashid meninggalkan pentas selepas persembahan lagu Salam Kasihku (M. Daud Kilau) hanya meraih markah 62.01%.
Sementara itu, juri Erra Fazira pula teruja melihat peningkatan setiap peserta, terutama Zekrai dan Mazleen yang saling mengejar kedudukan teratas.
Namun, pelakon dan penyanyi ini mengingatkan kedua-duanya agar tidak terlalu selesa kerana persaingan masih terbuka luas.
“Kesemua peserta menunjukkan peningkatan pada minggu ini. Secara tidak langsung persaingan menjadi lebih sengit sesama mereka.
“Saya melihat ada beberapa peserta yang saling mengejar kedudukan teratas. Mereka adalah Mazleen dan Zekrai.
“Setiap minggu tanpa gagal mereka memberikan persaingan yang sengit. Namun, jangan selesa kerana peserta lain turut mengejar rapat,” katanya.
Mengulas saingan suku akhir minggu depan, Erra berharap peserta lebih peka terhadap aspek teknikal.
“Pada minggu suku akhir nanti, secara keseluruhan saya mengharapkan para peserta menjaga pitching. Ada kalanya pitching mereka sedikit lari.
“Kini, semua peserta boleh menyanyi tapi mereka perlu lebih menjiwai. Itu antara aspek yang mereka perlu jual untuk lebih menyerlah berbanding peserta lain,” tambahnya lagi.
Zekrai malam tadi cemerlang dengan lagu Kasihnya Laila hingga berjaya meraih markah tertinggi 82.73%, sekali gus merampas kedudukan pertama.
Mazleen pula menduduki tangga kedua dengan 81.77%, diikuti Kinar (77.90%) yang turut mencatat rekod manis apabila diumumkan pemenang Emas Berkilau Of The Week untuk lima minggu berturut-turut.
Berikut senarai markah penuh peserta konsert minggu kelima;
Konsert minggu ini turut diserikan dengan persembahan artis undangan Bienda, Ayie Leon dan Itam Jelmol.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre, Shah Alam setiap Sabtu jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105), serta boleh distrim menerusi Astro One dan sooka.
Sistem pemarkahan terdiri daripada 70% juri profesional, 20% juri awam dan 10% undian penonton rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi.
Selain konsert mingguan, peminat boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Elly Mazlein pula bertindak sebagai pengacara utama bersama pelawak Joey Daud, manakala juri tetap musim ini ialah Erra Fazira, Roy Azman dan Ning Baizura.
Untuk hiburan terkini dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Jihan Muse mengakui terkejut apabila ditawarkan untuk menggalas tanggungjawab sebagai salah seorang juri bagi program Kilauan Emas Selebriti 2026 (KES2026).