Pelakon dan penyanyi Abby Abadi mengambil pendekatan lebih tenang apabila ditanya mengenai kontroversi rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania.
Setelah beberapa kali menjadi tumpuan umum, Abby memilih untuk tidak lagi memberikan reaksi berlebihan terhadap isu berkenaan.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, kelantangannya sebelum ini didakwa tidak memberikan sebarang kesan yang positif.
“Sekali itu sahajalah saya lantang. Tiada apa perbezaan pun yang berlaku. Segalanya habis di situ sahaja.
“Walaupun kami ada berjumpa dan tiada apa beza,” katanya kepada MH ketika ditemui pada sidang media Konsert Elite Live ’25, pada Selasa.
Ads
Tambah Abby, hatinya kini lebih terbuka dan reda terhadap keputusan anaknya, dan tidak mahu memperbesar isu berkenaan lagi.
“Berkaitan anak ini, saya tidak minat memperbesarkan lagi hal ini. Kalau itulah pilihan dia, biarlah dia lalui sendiri.
“Kalau perkara ini baik untuk mereka, hubungan itu akan berpanjangan. Kalau sebaliknya, kita lihatlah apa yang berlaku.
“Saya tidak mahu ulang lagi perkara sama. Nanti orang kata saya tak habis-habis,” ujarnya lagi.
Ads
Doakan Yang Terbaik
Pada masa sama, Abby menjelaskan fokus utamanya kini adalah keharmonian keluarga dan berharap semua pihak turut mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka.
“Saya dan keluarga kini dalam keadaan baik. Kami tidak mahu lagi memburukkan keadaan. Masing-masing sedang ambil tempoh bertenang.
“Saya tak boleh nak buat apapun. Sama-sama kita doakan semoga hal ini jadi lebih baik,” katanya lagi.
Mengenai hubungannya dengan Marissa, Abby memberi jawapannya yang tersendiri.
Ads
“Saya masih baik dengan anak-anak saya. Anak saya tetap anak saya. Anak orang je bukan anak saya,” katanya menutup bicara.
Terdahulu pada April, Abby mencuri perhatian selepas menyuarakan rasa kecewa terhadap menantunya, Aslam, termasuk menyangkal kenyataan yang mendakwa Aslam telah membuat permohonan maaf secara peribadi.
Tindakan Abby difahamkan terjadi susulan rasa tidak puas hati terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.
Namun begitu, tidak lama kemudian, Marissa sendiri mengambil inisiatif bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang keruh selama hampir dua minggu.
Sebelum itu, Marissa mengejutkan ramai apabila disahkan telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember 2023, tanpa pengetahuan keluarga termasuk isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon filem Telugu, Kalpika Ganesh, kini berdepan siasatan pihak berkuasa selepas didakwa mencetuskan kekecohan di sebuah pub mewah di Hyderabad apabila dia enggan melunaskan bayaran bil serta bertindak agresif terhadap kakitangan premis.
Insiden yang berlaku pada 29 Mei lalu itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelakon berkenaan apabila pihak pengurusan tidak membenarkannya membawa kek hari jadi dari luar.
Menurut laporan yang dibuat oleh pengurusan Prism Pub, Kalpika dikatakan bertindak di luar kawalan dengan membaling pinggan, merosakkan kemudahan premiss elain memperlekehkan bentuk tubuh pekerja serta melemparkan kata-kata kesat.
Apa yang lebih memburukkan keadaan, pelakon itu dikatakan masih tidak memberi kerjasama walaupun pihak polis telah tiba bagi meredakan situasi.
Rakaman video menunjukkan pertelingkahan antara Kalpika dan kakitangan pub tersebut kini tersebar luas di media sosial, sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Berikutan laporan yang diterima, polis Gachibowli telah mendaftarkan kes terhadap Kalpika di bawah Seksyen 324(4), 352 dan 351(2) Kanun Bharatiya Nyaya Sanhita (BNS), dengan kebenaran daripada pihak mahkamah.
Kalpika Ganesh mula menempa nama dalam industri filem Telugu menerusi filem sulungnya Prayanam pada tahun 2009.
Sejak itu, beliau kerap muncul dalam watak sampingan dalam beberapa filem box office seperti Orange, Julayi, Seethamma Vakitlo Sririmalle Cheetu, Padi Padi Leche Manasu, HIT: The First Case serta Yashoda.
Kali terakhir beliau muncul di layar perak adalah menerusi filem Atharva pada tahun 2023. Selain berlakon dalam filem, Kalpika turut membintangi dua siri web popular di platform Zee5 iaitu Ekkadiki Ee Parugu dan Loser.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon muda yang sedang meningkat naik, Zarif Ghazzi atau nama penuhnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, meluahkan rasa terharu apabila sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-21 pada 4 Jun lalu diraikan penuh makna.
Walaupun sibuk menjalani penggambaran drama selama sebulan di Perlis bersama heroin, Bella Dowanna Halim, Zarif tetap meluangkan masa dalam menghargai kata-kata manis dan sokongan yang diterimanya.
“Sejujurnya, ini kali pertama saya mendapat sambutan seperti ini di media sosial dan juga di set penggambaran.
“Sebak saya apabila ramai yang memberi ucapan bersama kata-kata yang menyokong saya dalam karier sebagai seorang pelakon,” katanya.
Walau mengakui penglibatannya dalam dunia seni masih di peringkat awal, namun sambutan yang diterima nyata membakar semangat Zarif untuk terus maju.
Menurutnya, dia masih memerlukan banyak bimbingan daripada rakan-rakan industri dalam usaha memperkukuhkan bakat lakonan.
“Saya berterima kasih atas rezeki ini kerana baru dua tahun lebih dalam industri hiburan ini dan saya sedar, masih banyak yang perlu belajar.
“Kata-kata sokongan dari ramai kawan industri serta peminat membuatkan saya ingin memberikan sebaiknya dalam setiap karya yang diamanahkan,” ujarnya lagi.
Zarif turut berharap agar keluarganya, rakan media, rakan industri dan para peminat terus memberi sokongan sepanjang penglibatannya dalam dunia seni.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon Alif Satar, meluahkan rasa simpati dan sedih atas tragedi yang menimpa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam nahas membabitkan bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB), berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Dalam satu perkongsian video di Instagram, Alif menyampaikan ucapan takziah buat keluarga mangsa dan seluruh warga UPSI yang terkesan dengan insiden tragis itu.
“Kepada-Nya kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Saya baru dapat tahu tentang kes 15 pelajar UPSI yang terkorban akibat kemalangan, baru-baru ini.
“Salam takziah saya ucapkan kepada semua rakan-rakan, warga UPSI dan terutama sekali kepada ahli keluarga mangsa-mangsa yang terkorban,” katanya.
Penyanyi Cukup Indah itu turut menitipkan doa agar roh mangsa ditempatkan di kalangan insan beriman, serta keluarga mereka diberi kekuatan menghadapi ujian yang berat ini.
“Saya doakan agar anda semua diberikan ketenangan, kekuatan dan kesabaran dalam menempuhi dugaan Allah SWT. Saya yakin ini satu kehilangan yang amat berat.
“Semoga Allah menempatkan mereka semua di kalangan hamba-hambanya yang beriman dan beramal soleh,” kongsinya lagi.
Apa yang lebih menyentuh hati Alif, dia pernah menjalin kerjasama dan membuat persembahan di UPSI bersama kumpulannya, Alif Satar & The Locos.
Jelas Alif, pengalaman bersama pelajar-pelajar di sana membuatkan insiden ini lebih dekat di hatinya.
“Kami pernah perform di UPSI dan pernah bekerjasama dengan pelajar-pelajar di sana.
“Kami tahu mereka sangat rapat antara satu sama lain. Semoga Allah permudahkan segalanya,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Alif turut menyeru masyarakat agar lebih berhati-hati di jalan raya demi keselamatan semua pihak.
“Jaga diri dan semoga kita semua beringat-ingat untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika berada di jalan raya. Hormati dan berbuat baik antara satu sama lain,” katanya lagi.
Untuk rekod, nahas yang berlaku awal pagi tadi itu membabitkan bas persiaran yang membawa 44 individu, termasuk 42 pelajar UPSI.
Seramai 13 mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Gerik. Tragedi itu meragut nyawa dan menggemparkan seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.