Penyanyi Nabila Razali memaklumkan dia dan suami, Nik Iruwan Nik Izani sudah bersedia untuk menyambut kehadiran tetamu yang akan hadir ke majlis aqiqah dan kesyukuran yang akan berlangsung di Kelantan pada Hari Raya Aidiladha nanti.

Menurut Nabila, segala persiapan sedang giat dijalankan dan dia berharap agar majlis yang akan berlangsung di Franky Corner, Kota Bharu pada 7 Jun ini akan berjalan lancar.

“Jangan Cium Atau…,” – Nabila Razali & Suami Sedia Nak Sambut Warga Kelantan, Mohon Jaga Adab Jumpa Anak Kecil

“Seperti biasa untuk majlis aqiqah, kita akan tumbangkan dua ekor kambing. Selebihnya kita tunggulah harinya nanti.

“Bila kita berniat untuk mengadakan majlis, sudah tentu kita sudah bersedia. Namun, kita pun tak tahu jumlah pengunjung yang akan datang.

“Jika pengunjung melebihi jumlah yang dijangka, kita ada ‘plan B’. Semoga apa yang kami sajikan itu mencukupi,” katanya kepada MH.

Penyanyi lagu Peluang Kedua itu berkata sedemikian ketika ditemui di program Road Tour Skor A+ SPM 2025 anjuran pusat tusyen PTTI di IDCC, Shah Alam pada Rabu.

Ads

Bakal Kongsi Nama, Wajah Anak

Katanya lagi, majlis tersebut juga bakal menjadi momen dia dan suami bakal mendedahkan nama penuh serta wajah anak kepada umum buat pertama kalinya.

“Jangan Cium Atau…,” – Nabila Razali & Suami Sedia Nak Sambut Warga Kelantan, Mohon Jaga Adab Jumpa Anak Kecil

“Ini pertama kali saya akan pamirkan wajah Baby M. Seeloknya biarlah datang daripada saya dahulu. Ramai yang sudah bertanya mengenai wajah dan nama Baby M.

“Bila semua sudah dapat tengok nanti, saya harap anda semua turut gembira. Apapun, jagalah kata-kata anda dan doakan yang baik-baik.

Ads

“Semoga majlis kali ini merapatkan hubungan saya dengan orang-orang di Kelantan,” katanya lagi.

Pada masa sama, Nabila turut menitipkan pesan kepada para tetamu yang bakal hadir nanti untuk menjaga tatatertib lebih-lebih lagi bila bertemu dengan anaknya.

“Jangan Cium Atau…,” – Nabila Razali & Suami Sedia Nak Sambut Warga Kelantan, Mohon Jaga Adab Jumpa Anak Kecil

“Sudah tentu ada sedikit kerisauan. Saya pun ada terbaca yang jumlah pesakit COVID-19 semakin meningkat. Saya hanya mampu berdoa agar segalanya dipermudahkan. Benda yang tidak baik pula dijauhkan.

Ads

“Saya juga ingin menitipkan pesan kepada sesiapa yang berkesempatan untuk bertemu dengan Baby M nanti, jagalah tatatertib seperti jangan cium atau buat perkara yang tidak sepatutnya. Jagalah SOP.

“Saya harap anda akan menghormati segala pesanan saya ini,” akhirinya.

Baru-baru ini, Nabila secara terbuka menjemput orang ramai terutamanya warga Kelantan untuk memeriahkan majlis aqiqah anak sulungnya dan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Sekadar informasi, Nabila dan Nik Iruwan telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 18 Disember 2023.

Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 23 Disember 2024.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI