Bintang TikTok terkenal, Khaby Lame telah meninggalkan Amerika Syarikat (AS) secara sukarela selepas didakwa melanggar tempoh sah visanya, sekali gus mengelakkan sebarang rekod perintah pengusiran dalam profil imigresennya.

Menurut sumber , Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam AS (ICE), beliau ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Harry Reid, Las Vegas pada 6 Jun lalu, sebelum dibenarkan keluar dari negara itu tanpa dikenakan tindakan undang-undang lanjut.

“Khaby Lame telah tiba di Amerika pada 30 April lalu dan melepasi had visa yang dibenarkan,” menurut jurucakap ICE dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh ABC News.

Walaupun kejadian itu menarik perhatian ramai, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Lame berhubung penahanannya ataupun pemergiannya dari negara itu.

Ads

Insiden berkenaan berlaku ketika AS kini mempertingkat tindakan penguatkuasaan terhadap isu imigresen, selaras dengan dasar ketat yang diperkenalkan Presiden Donald Trump.

Langgar Tempoh Sah Visa, Khaby Lame Ditahan Jabatan Imigresen AS
Khaby Lame dalam kempen bersama Hugo Boss

Mengikut prosedur imigresen Amerika, tindakan keluar secara sukarela memberikan kelebihan kepada individu kerana ia tidak direkodkan sebagai deportasi. Sekiranya dikenakan perintah deportasi rasmi, seseorang boleh dilarang memasuki semula negara itu dalam tempoh sehingga 10 tahun.

Ads

Imbas kembali, Khaby meraih populariti global ketika pandemik menerusi video-video pendeknya yang menyindir “life hacks” yang dianggap tidak praktikal  tanpa perlu mengucapkan sepatah perkataan pun.

Gaya komunikasinya yang santai dan mimik mukanya yang lucu menjadikan beliau sensasi antarabangsa, dengan lebih 162 juta pengikut di TikTok.

Ads

Kejayaan luar biasanya turut membuka peluang kerjasama bersama bersama beberapa jenama terkenal dunia. Pada awal tahun ini pula, beliau dilantik sebagai duta UNICEF, menjadikan pengaruhnya merentas bidang hiburan dan kemanusiaan.

Sebelum ditahan, terlebih dahulu Khaby dilihat menghadiri acara Met Gala di New York  yang mana ia merupakan sebuah acara berprestij yang turut menampilkan ramai figura terkenal dunia.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI