“Lambat Atau Cepat, Yang Penting Percaya Pada Proses,” – Sherry Alhadad ‘Update’ Figura Terkini, Wow!

Share

Hos Sherry Alhadad berkongsi figura terkininya di Instagram yang nyata mencuri perhatian wargamaya.

Memuat naik foto dulu dan kini dengan berlatar belakangkan gim, penampilan pengacara program Big Stage di samping Aliff Satar ini dilihat kian susut.

Menurut Sherry, apa yang penting ialah percaya pada proses dan cintailah diri sendiri.

“Kanan ke kiri ke tetap jadi pujaan hati. Senyum tetap sama, dalam hati tetap ada bunga. Lambat atau cepat, yang penting percaya pada proses. Be yourselft, love yourself. BAMMM.

“Thank you @slimmewhite_hq sebab percaya pada Sherry. Setiap pagi dan malam sentiasa ada di sini. Sebelum sarapan dan sebelum tidur. Kenalah minum 5ml Jus SW Max.

“Kalau nak menang motor dan iphone serta kelas fit bersama @sharifah_sakinah kenalah pergi ke IG @slimmewhite_hq,” tulisnya pada ruangan komen.

Sehingga kini, hantaran tersebut sudah pun menerima lebih 45,000 tanda suka bersama-sama dengan reaksi pelbagai yang ditinggalkan wargamaya.

Sherry pada Januari lalu menerusi media menjelaskan, dia setakat ini tidak terfikir untuk melakukan bariatrik atau memotong usus sebagai jalan pintas menurunkan berat badan.

Dia sebaliknya dia percaya dengan ‘jalan jauh’ untuk kurus. Namun, itu tidak bermakna dia mengata atau menghakimi mana-mana pihak, tetapi sekadar pendapat peribadi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN